Majlis resepsi pasangan pengantin, Tauke Jambu dan isteri, Nadia Mohd Affendi berlangsung meriah semalam dengan tema 'Fairy Tale'.

Sejurus majlis bermula, ada jalan cerita yang dipersembahkan dalam majlis penuh romantik ini.

Memilih cerita dongeng Cinderella sebagai pelengkap tema, ruang dalam De Laman Event Space dihias rapi untuk menggambarkan ia sebuah 'ballroom'.

Majlis tari menari berlangsung sebelum tibanya si ‘Prince Charming’.

Akhirnya, Prince Charming hadir ke dewan tari menari dengan limosin mewah, lalu meliarkan matanya mencari kelibat Cinderella sambil tangannya pula membawa sebelah kasut gadis itu.

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 2

Pun begitu, ketiadaan Cinderella membuatkan Prince Charming patah hati walaupun masih meletakkan harapan dan terus menanti.

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 3

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 4

Hampir putus harap, Prince Charming sudahnya mampu tersenyum kerana Cinderella muncul jua bersama gaun kembangnya yang sangat memukau.

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 5

Tanpa berlengah, Prince Charming segera menyarungkan kasut, meluahkan rasa cinta kepada Cinderella sebelum mereka hanyut dalam tarian kebahagiaan.

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 6

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 7

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 8

Seramai 600 tetamu hadir menjadi saksi kisah penyatuan Prince Charming dan Cinderella, antaranya Ajak (Shiro), Achey (Bocey), Raja Azri, Fizi Hot FM, Uqash Senrose, Hefny Sahad, Azlee (Senario) dan Wan Gegau.

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 9

Akhirnya pasangan Prince Charming dan Cinderella mengecap bahagia ke akhir hayat..

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 10

Kami mendoakan perkahwinan Tauke dan Nadia akan berkekalan. Selamat pengantin baharu!

majlis resepsi tauke jambu aada jalan cerita 11

Kredit foto: Instagram @sixucaphotography




Hakcipta iluminasi.com (2017)