Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

Para wanita di luar sana anda dinasihatkan supaya menyuruh suami atau mengupah orang lain jika tidak tahu sebarang masalah teknikal yang berlaku di dalam rumah anda. Jika tandas tersumbat maka carilah tukang paip kerana mereka mahir untuk memperbetulkan semula sistem paip yang tersumbat tersebut. Tim iluminasi bimbang berlaku sesutu kejadian yang tidak di ingini apabila para wanita ingin menjadi tukang paip tidak terlatih untuk memperbetulkan saluran tandas yang tersumbat.

tandas tersumbat

Kisah ini berlaku  kepada salah seorang wanita yang tinggal di Texas, apabila dia cuba untuk memperbaiki tandasnya yang tersumbat. Difahamkan bahawa wanita tersebut  mengalami nasib malang didalam minggu tersbut kerana dia tidak mahu memanggil orang yang berpengalaman dan juga jiran untuk membantu ketika dia sedang mengalami masalah. Antara masalah yang berlaku dalam minggu tersebut adalah seperti paip air rumahnya pecah,mesin rumput baru dibeli tidak berfungsi dan juga tayar kereta terlekat didalam lumpur dihadapan rumahnya. Bukan itu sahaja, malahan saluran tandas di rumah wanita itu juga tersumbat. Wanita tersebut cuba untuk membaiki semula tandas yang tersumbat itu, namun  malang tidak berbau berlaku  apabila tangannya pula yang tersumbat dalam saluran tandas tersebut. 

apabila tandas tersumbat

Wanita malang itu cuba membetulkan saluran tanpa menggunakan pelocok dan juga meminta bantuan dari tukang paip. Disebabkan itu tangan dia terlekat pada saluran tandas duduk rumahnya. Dia tidak dapat menarik tangannya keluar dan terpaksa memanggil bomba untuk membantunya mengeluarkan tangan  dari lubang tandas tersebut.Apabila pihak bomba tiba, mereka tidak dapat mengeluarkan tangannya dan terpaksa memindahkan tandas tersebut keluar dari rumah dan memecahkan tandas duduk tersebut. Wanita itu merasa amat malu dengan perkara yang berlaku terhadap dirinya.

tandas tersumbat

Tim iluminasi amat yakin bahawa wanita tersebut pasti berasa menyesal kerana tidak memanggil tukang paip, mana taknya dia perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli tandas baru dan juga mengupah tukang paip untuk memasangnya. Jadi para wanita diluar sana jangan sesekali bertindak diluar kawalan untuk memperbaiki tandas sendiri. Carilah orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut. 

Tonton video pihak bomba menyelamatkan tangan wanita tersebut.


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)