Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

robert wadlow

Berapa ketinggian anda? Purata ketinggian bagi rakyat Malaysia adalah 166.8 sentimeter bagi lelaki dan 155 sentimeter bagi wanita. Namun, ada juga di kalangan kita yang tingginya melebihi 200 sentimeter.

Dan bagi mereka yang terlalu tinggi, biasanya akan mendapat tumpuan, lebih-lebih lagi ketika perhimpunan di mana individu terlebih tinggi akan terpacak seperti tiang bendera dalam kalangan pelajar-pelajar lain.

Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 wanita paling tinggi di dunia.

10. Malee Duangdee

malee duangdee

Berasal dari negara jiran, negara gajah putih, Malee Duangdee merupakan wanita tertinggi di Thailand, dan antara tertinggi di Asia. Malee mempunyai ketinggian 208 cm, dan ia adalah disebabkan ketumbuhan di belakang bahagian matanya.

Malee pernah beberapa kali mencuba untuk membuang ketumbuhan itu sebelum ini namun gagal. Kehidupan Malee sebagai wanita tertinggi agak sukar di Thailand, dan beliau menerima pendidikan sedikit lambat daripada rakan sebayanya. Disebabkan bergelut dengan masalah kesihatan hampir seumur hidupnya, Malee telah meninggal dunia pada tahun 2016 di kampungnya, ketika berusia 24 tahun.

9. Gitika Srivastava

gitika srivastava

Wanita tertinggi di India, Gitika Srivastava mempunyai ketinggian 211 cm. Ketinggian Gitika bukanlah sesuatu yang pelik dalam keluarganya, dan dikatakan merupakan hasil genetik, kerana bapanya sendiri, Pradeep Srivastava merupakan seorang pemain bola keranjang dengan ketinggian 221 sentimeter.

Mengikut jejak langkah bapanya, Gitika juga pernah bermain bola keranjang dan kini mempunyai kerjaya sebagai seorang usahawan. Beliau merupakan pengasas dan CEO syarikat Navya Network yang fokus kepada teknologi berkaitan dengan kesihatan. Tak cukup dengan itu, beliau juga merupakan rakan kongsi KAHM Capital iaitu firma pelaburan yang khusus dalam penjagaan kesihtan dan bioteknologi.

Kejayaan yang dicapai Gitika ini membuktikan sesiapa sahaja boleh hidup sebagai orang normal, walaupun mempunyai kurniaan yang lain daripada yang lain.

8. Uljana Semjonova

uljana semjonova

Berketinggian melebihi 7 kaki, Uljana Semjonova merupakan wanita kelahiran Latvia, dan merupakan seorang pemain bola keranjang, yang paling popular dalam senarai ini. Saiz kasut beliau adalah 21 US, iaitu kaki paling besar bagi pemain bola keranjang wanita. 

Dengan ketinggian 215 cm, beliau pernah mewakili Soviet Union dalam sukan bola keranjang dan memenangi pingat emas dalam di sukan Olimpik tahun 1976 dan 1980, di Montreal  dan Moscow.

uljana semjonova dan pasukannya

Beliau juga bermain dalam kejohanan Eropah dan membantu pasukannya memenangi pingat emas sebanyak 10 kali pada tahun 1970, 1972, 1974, 1976, 1978, 1980, 1981, 1983 dan 1985. Di kejohanan dunia pula, beliau memenangi 3 pingat emas pada tahun 1971, 1975 dan 1983.

Pada tahun 1999, Uljana merupakan antara wanita pertama dimasukkan ke dalam senarai Women’s Basketball Hall of Fame.

7. Zainab Bibi 

zainab bibi

Zainab Bibi, adalah wanita paling tinggi di Pakistan dengan ketinggian 218 cm. Disebabkan ketinggian yang tak normal ini, keluarga Zainab menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke England. Zainab memohon perlindungan suaka di England untuk mendapatkan tempat tinggal.

Permohonan tersebut ditolak, namun beliau dibenarkan tinggal selama 2 tahun secara percuma di Greater Manchester. Namun pada tahun 2011, Zainab liputan media dan menjadi popular atas dakwaan membunuh suaminya. Zainab juga disyaki ingin memasak badan suaminya supaya tidak dikesan.

Namun, Zainab sendiri yang mengaku bahawa beliau membunuh suaminya kerana suaminya melakukan perkara buruk terhadap anak perempuannya.

6. Margo Dydek

margo dydek 2

Seorang lagi pemain bola keranjang wanita yang berjaya, Margo Dydek yang berasa dari Poland, mempunyai ketinggian 218 cm, berkongsi ketinggian bersama Zainab Bibi.

Beliau kini tinggal di Amerika Syarikat, dan terkenal di seluruh dunia sebagai pemain bola keranjang wanita profesional yang paling tinggi. Beliau mewakili Poland dalam Kejohanan Eropah pada tahun 1999 dan memenangi pingat emas. 

Beliau juga merupakan pemain yang berjaya dalam WNBA, dan dinamakan sebagai WNBA All-Star sebanyak 2 kali pada tahun 2003 dan 2006.

margo dydek

margo

Pada tahun 2011, ketika menjadi jurulatih pasukan Northside Wizards, di Queensland, Australia, Margo telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia. Ketika itu beliau sedang hamil anak ketiga. Kandungannya juga mati kerana masih di awal kehamilan.

5. Sandy Allen 

sandy allen

Wanita ke-2 tertinggi di dunia adalah Sandy Allen, warga Amerika Syarikat. Dengan ketinggian 231 cm, beliau dikenali sebagai wanita tertinggi di dunia, dan memegang rekod tersebut selama 15 tahun sebelum kematiannya pada tahun 2008.

Ketinggian luar biasa Sandy Allen, sama seperti Malee, adalah disebabkan oleh ketumbuhan, di bahagian kelenjar pituitari. Namun pada tahun 1977 ketika Sandy berusia 22 tahun, ketumbuhan tersebut berjaya dikeluarkan. Ketinggian beliau akan terus bertambah jika ketumbuhan itu tidak dikeluarkan.

sandy allen ketika berusia 11 tahun

Sandy Allen berdiri di belakang bersama rakan sekelasnya, ketika berusia 11 tahun

Di akhir hidup beliau, Sandy terpaksa menggunakan kerusi roda kerana tulang belakangnya tidak lagi mampu untuk menyokong badannya, ketika beliau berdiri, yang menyebabkan atrofi otot. Sandy Allen menghembukan nafas terakhir, akibat jangkitan darah dan buah pinggang.

4. Yao Defen

yao defen 4

Dengan ketinggian 233 cm, Yao Defen merupakan wanita tertinggi di antara 1,379,000,000 penduduk di China, dan paling tinggi di dunia sehingga tahun 2012. Dan sama seperti Sandy Allen, ketumbuhan pada kelenjar pituitari menyumbang kepada pertumbuhan ketinggian Yao dengan luar biasa.

Yao lahir pada tahun 1972 dalam sebuah keluarga yang miskin. Disebabkan ini, beliau tidak mampu untuk melakukan pembedahan, namun berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu pada tahun 2002.

yao defen

yao defen 3 276

Namun ketinggian Yao sudah menjadi terlalu ekstrem ketika itu. Beliau mengalami pelbagai masalah kesihatan walaupun telah melakukan yang terbaik untuk dirinya. Beliau bergelut dengan tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan osteoporosis.

Yao Defen akhirnya meninggal dunia pada November 2012, disebabkan penyakit yang tidak dinyatakan.

3. Jane Bunford

jane ginny bunford

Lahir pada tahun 1893, Jane Bunford merupakan wanita ke-3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 241 cm. Ketika berusia 11 tahun Jane merupakan seorang kanak-kanak normal, seperti rakan sebayanya, dengan ketinggian 152 sentimeter.

Namun, pada tahun 1906, Jane telah mengalami kemalangan apabila terjatuh daripada basikal menyebabkan kepalanya terhantuk. Tengkorak kepalanya retak, dan kemalangan tersebut menyebabkan kelenjar pituitarinya rosak, dan merembeskan hormon tumbesaran yang lebih. Ia menyebabkan Jane membesar dengan luar biasa.

2 tahun selepas kemalangan, ketinggian Jane berubah daripada 152 sentimeter kepada 198 sentimeter. Dan pada ulangtahun kelahirannya yang ke 21, Jane berdiri dengan ketinggian 239 sentimeter. Sebelum kematiannya, tinggi Jane menjadi 231 sentimeter disebabkan tulang belakangnya melengkung. 

2. Anna Haining Bates

anna haining bates

Anna Haining Bates merupakan wanita ke-2 tertinggi di dunia dan merupakan wanita tertinggi di dunia sepanjang hidupnya, dengan ketinggian 243 cm. Ketika lahir, berat Anna mencecah 7.2 kilogram, iaitu 2 kali ganda berat bayi normal.

Semenjak lahir, pertumbuhan Anna bertambah dengan cepat sekali. Ketinggian Anna mencecah 137 sentimeter ketika berusia 4 tahun. Pada usianya 6 tahun, ketinggian bertambah menjadi 157 sentimeter. 

Dan ketika usia Anna meningkat kepada 11 tahun, beliau berketinggian 188 sentimeter, dengan berat mencecah 89 kiilogram. Ketinggian Anna sentiasa bertambah, kepada 210 sentimeter pada usia 15 tahun. Ketinggian maksimum dicatatkan oleh Anna adalah ketika berusia 18 tahun, iaitu 243 sentimeter.

1. Zeng Jinlian

zeng jinlian 2

Wanita paling tinggi di dunia (zaman moden) yang pernah disahkan, adalah Zeng Jinlian, dengan ketinggian 248.29 cm, dengan berat mencecah 138 kilogram. Beliau juga merupakan manusia tertinggi di dunia, sebelum kematiannya, ketika berusia 17 tahun, pada tahun 1982. 

zeng jinlian

Corak tumbesaran Zeng dikatakan sama seperti pertumbuhan tumbesaran manusia tertinggi di dunia, Robert Wadlow (281 sentimeter).

UmurTinggi Zeng JinlianTinggi Robert Waldlow  
4 tahun156 cm163 cm
13 tahun217 cm224 cm
16 tahun240 cm248 cm
17 tahun248 cm251 cm 

tags : , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)