benign meningioma ketumbuhan otak paling kerap berlaku 4

Bagi yang banyak menonton siri episode TV berkenaan perubatan seperti Greys Anatomy, ER atau House pasti pernah melihat adegan di mana pesakit mengalami ketumbuhan pada otak. Ia biasanya berbahaya dan membawa maut, tapi tak semua, mungkin hanya dalam TV.

Menurut Little Things, realitinya, jenis ketumbuhan otak yang paling kerap berlaku dikenali sebagai meningioma dan ia biasanya tidak membahayakan (benign).

tanda ketumbuhan otak

Meningioma adalah ketumbuhan otak utama dan mencakupi 30% daripada semua ketumbuhan otak, menurut Hospital Johns Hopkins.

Kira-kira 85% daripada ketumbuhan ini adalah jinak, dan tumbuh secara perlahan-lahan. Ia mengambil masa bertahun-tahun dan tidak disedari kerana tidak menunjukkan sebarang tanda, sehingga menjadi besar.

Meningiomas yang tidak menunjukkan tanda-tanda tak perlukan rawatan segera dan jika perlukan rawatan, ia biasanya dikeluarkan melalui pembedahan.

Apa itu Benign Meningioma?

benign meningioma ketumbuhan otak paling kerap berlaku 3

Ia adalah sejenis ketumbuhan yang tumbuh dari lapisan tisu yang menutupi tulang belakang dan otak dikenali sebagai meninges. Ia tumbuh pada permukaan otak dan mungkin menekan-nekan saraf dan saluran pada otak. 

Ia digelar sebagai tidak berbahaya kerana tumbuh dengan perlahan dan tidak berpotensi untuk merebak.

Penyebab?

benign meningioma ketumbuhan otak paling kerap berlaku 2

Sehingga kini penyebab kepada ketumbuhan ini masih tidak jelas. Apa yang diketahui adalah terdapat sesuatu yang mengubah sel-sel dalam meninges membuatkannya sel-sel ini menjadi berlipat kali ganda tak terkawal.

Satu-satunya penyebab yang diketahui adalah sindrom genetik yang diwarisi.

Faktor-faktor risiko?

benign meningioma ketumbuhan otak paling kerap berlaku 5

Ketumbuhan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, namun biasanya berlaku pada orang dewasa berusia 40 hingga 60 tahun.

Walaupun ia berlaku kepada lelaki dan wanita, namun wanita berisiko 3 kali ganda lebih daripada lelaki.

Petanda?

Biasanya ia tidak menunjukkan tanda-tanda pada peringkat awal. Dalam beberapa kes, kesannya terhadap tisu, saraf atau saluran otak yang bersebelahan mampu menyebabkan kecacatan yang serius.

1. Sakit kepala

Antara tanda yang  paling kerap berlaku adalah sakit kepala. Disebabkan ketumbuhan ini menekan-nekan otak, ia menyebabkan sakit kepala. Rasa sakit ini mungkin akan menjadi semakin teruk dari masa ke masa.

2. Perubahan penglihatan

Jika meningioma menekan saraf optik, ia mungkin menyebabkan perubahan kepada penglihatan, malah mampu membuatkan seseorang itu buta. Tanda-tanda awal termasuklah penglihatan berganda atau penglihatan kabur.

3. Masalah pendengaran

Jika meningioma menceroboh bahagian otak yang dikenali sebagai cerebellum, saraf kranial akan menjadi mampat menyebabkan kehilangan pendengaran. Ia juga boleh menyebkan telinga menjadi berdering.

4. Hilang daya bau

Olfactory groove meningiomas adalah jenis yang tumbuh di antara otak dan hidung. Apabila ketumbuhan ini berlaku sepanjang saraf ini, ia mampu menyebabkan hilang daya bau.

5. Masalah kawalan anggota badan

Kehilangan kawalan fungsi motor adalah tanda yang paling jelas boleh dirasakan. Ia biasanya berasa seperti lemah pada tangan atau kaki, atau tidak berdaya mengawal bahagian badan tertentu.

Apa yang harus dilakukan?

jika anda mempunyai mana-mana tanda seperti di atas dan secara berterusan atau semakin memburuk, disarankan anda untuk berjumpa doktor. Biasanya meningioma tidak dijumpai kecuali otak anda diimbas kerana alasan lain.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)