Kecerdasan otak manusia atau IQ adalah sangat penting untuk menjalani kehidupan yang baik. Tahap kecerdasan otak seseorang biasanya ditentukan oleh satu siri ujian.

Terdapat beberapa komponen dalam ujian IQ iaitu kecerdasan lisan, keupayaan matematik, kemahiran penaakulan ruang, kemahiran visual, kemahiran pengelasan, kemahiran penaakulan logik dan juga kemahiran mengenalpasti corak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semua komponen ini boleh diperbaiki dengan latihan yang berterusan yang mana membuatkan IQ sesorang itu menjadi semakin baik.

Malangnya, IQ juga boleh merosot melalui aktiviti yang kita lakukan dalam seharian. iluminasi.com kongsikan 6 perkara yang tak disangka mampu membuatkan IQ anda merosot.

1. Telefon pintar

telefon pintar boleh ganggu fokus

Ya, namanya adalah telefon pintar namun ia boleh membuatkan anda kurang pintar. Telefon pintar membolehkan kita sentiasa berhubung.

Akibatnya, keupayaan kognitif kita menderita. Para penyelidik di Universiti Texas telah melakukan kajian terhadap kira-kira 800 pengguna telefon pintar.

Para peserta diminta untuk mengambil beberapa ujian komputer yang memerlukan perhatian sepenuhnya.

Ada yang diminta untuk meninggalkan telefon mereka di bilik lain sementara yang lain hanya diminta untuk menetapkan telefon mereka dalam mod "senyap" yang kemudiannya diletakkan di atas meja dengan keadaan skrin menghala ke bawah.

Mereka yang meninggalkan telefon di bilik lain menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dalam ujian berbanding mereka meletakkan telefon di sebelah mereka.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa telefon pintar yang berada dalam pandangan mengurangkan keupayaan seseorang untuk memberikan tumpuan dan melaksanakan tugas.

Kecenderungan untuk memeriksa telefon membuatkan otak separa sedar kita terpaksa melawan perasaan ini ketika kita cuba untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

Usaha untuk melawan perasaan itu mengurangkan tenaga dan perhatian yang sedang ditumpukan kepada tugas yang sedang dilaksanakan.

Sebaliknya, dengan ketidakhadiran telefon secara sepenuhnya membuatkan otak separa sedar dalam keadaan rehat daripada melawan keinginan untuk memeriksa sama ada terdapat mesej baru atau notifikasi aplikasi seperti Facebook dan Instagram.

2. Rancangan atau drama TV tak berilmiah

rancangan tv tak berilmiah boleh sebabkan iq merosot

Para penyelidik telah mendapati bahawa apabila ia berkaitan dengan kecerdasan otak, anda akan menjadi seperti apa yang anda tonton.

Memang banyak rancangan TV yang sangat bermaklumat namun pada masa kini di Malaysia terdapat banyak juga program dan drama TV yang langsung tidak memberikan faedah pendidikan.

Selain daripada tidak memberikan manfaat kepada otak, rancangan televisyen sedemikian juga terbukti mampu membuatkan orang ramai menjadi semakin bodoh.

Seorang ahli psikologi dan profesor dari Austria, Marcus Appel telah menguji sekumpulan pelajar kolej dalam pelbagai subjek. Sebelum menjalankan ujian, separuh pelajar diberikan kisah tentang lelaki bodoh yang membuat pelbagai keputusan buruk.

Selepas membaca tentang karekter lelaki bodoh itu, pelajar-pelajar ini melakukan ujian dan mendapat markah yang lebih teruk berbanding pelajar yang tidak membaca kisah tersebut.

Marcus Appel menyalahkan perkara ini terhadap "penyebuan media". Penyebuan media merujuk kepada sisa yang mana biasanya tidak diingini, kesan daripada terdedah kepada media.

Ini boleh menyebabkan perubahan kepada tingkah laku, pendapat atau kecerdasan otak. Ini bermakna menonton rancangan atau drama yang memaparkan orang bodoh atau tingkahlaku bodoh mungkin kelihatan seronok, namun kebodohan itu sangat berjangkit.

Jadi, kalau tak mahu terjangkit, pilihlah dengan bijak apa yang anda tonton.

3. Dipukul atau didera ketika kecil

kanak kanak dipukul ketika kecil cenderung untuk memiliki iq rendah

Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanak-kanak yang dipukul mempunyai IQ yang lebih rendah berbanding rakan sebaya yang tidak mengalami situasi yang sama.

Penyelidik menguji kebolehan kognitif dua kumpulan kanak-kanak dari umur 2 hingga 4 tahun dan 5 hingga 9 tahun. 4 tahun kemudian, mereka menguji semula kanak-kanak dalam setiap kumpulan umur.

Bagi kumpulan umur yang lebih tua, kanak-kanak yang dipukul mempunyai purata IQ hampir 3 mata lebih rendah berbanding mereka yang tidak dipukul.

Bagi kumpulan umur yang lebih muda, purata IQ kanak-kanak yang dipukul adalah 5 mata lebih rendah daripada mereka yang tidak.

Maka, satu telah penjelasan dibuat tentang hubungan antara kesan pukulan dan IQ adalah tekanan. Para penyelidik mengatakan bahawa kanak-kanak yang dipukul menjadi mudah terkejut dan sering takut.

Faktor ini dikaitkan dengan IQ yang lebih rendah.

4. Obesiti

obesiti boleh sebabkan rendah iq

Lemak badan berlebihan memberikan kesan kepada cara semua fungsi organ kita, termasuklah otak. Dalam satu kajian, para penyelidik meneliti otak 17 wanita gemuk

Otak mereka memproses gula lebih cepat daripada wanita dalam kumpulan kawalan yang mana mempunyai berat purata. 17 wanita gemuk ini diuji fungsi kognitif mereka sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatrik (pembedahan untuk individu obese).

Hasil ujian yang dilakukan selepas pembedahan berat badan adalah lebih baik daripada yang dilakukan sebelum pembedahan. 

Wanita gemuk yang kini telah kurang lemak menunjukkan peningkatan kognitif tertentu dalam fungsi eksekutif, yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan organisasi.

Otak orang gemuk memproses gula secara berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai lemak badan berlebihan. Dipercayai bahawa perbezaan dalam pemprosesan ini menyebabkan kerosakan struktur pada otak yang seterusnya mempengaruhi prestasi kognitif.

white matter dalam otak

Satu laji kajian terhadap hampir 500 orang dewasa menunjukkan bahawa individu dengan berat berlebihan mempunyai kurang "white matter" berbanding mereka yang normal.

"White matter" menghubungkan kawasan otak yang berbeza dan membolehkan bahagian-bahagian ini berkomunikasi di antara satu sama lain.

Semakin meningkat usia, white matter juga akan semakin merosot. Namun, bagi individu berat berlebihan, kemerosotan white matter adalah lebih cepat.

Jumlah white matter dalam otak orang gemuk berusia 50 tahun sama dengan jumlah pada orang berat badan normal berusia 60 tahun.

5. Perjalanan dalam tempoh yang panjang secara berterusan

perjalanan jauh setiap hari boleh jejaskan keupayaan kognitif otak

Memandu lebih daripada 2 jam setiap hari secara berterusan merendahkan IQ manusia.

Para penyelidik dari Universiti Leicester memeriksa gaya hidup lebih daripada 500,000 orang sepanjang tempoh 5 tahun, menguji daya ingatan mereka dan kecerdasan otak sepanjang kajian berlangsung.

Daripada jumlah peserta, 93,000 orang memandu lebih daripada 2 jam setiap hari. Golongan ini menunjukkan skor yang lebih rendah berbanding mereka yang kurang memandu atau langsung tidak memandu.

Di samping tu, pemandu jarak jauh juga menunjukkan penurunan dalam keupayaan kognitif sepanjang tempoh kajian.

Otak menjadi kurang aktif semasa berada di jalan raya dan kekurangan rangsangan dipercayai menyumbang kepada penurunan IQ. Ia menjadi lebih buruk jika tersangkut di dalam kesesakan.

Hasil yang sama dilihat pada orang yang menonton TV lebih daripada 3 jam setiap hari.

6. Pengambilan makanan diproses

makanan yang diproses tidak baik untuk kesihatan otak

Diet yang tak berkhasiat pada usia awal telah terbukti mempunyai kesan negatif terhadap prestasi kognitig. Para penyelidik meneliti tabiat makanan dan tahap kecerdasan kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Kanak=kanak yang kerap diberikan makanan diproses pada usia 3 tahun mempunyai purata IQ yang lebih rendah 5 tahun kemudian berbanding kanak-kanak yang diberikan hidangan penuh vitamin dan nutrien.

Diet yang sarat dengan vitamin dan nutrien membantu menggalakkan perkembangan otak di tahap optimum, sementara sebaliknya berlaku melalui makanan diproses.

Disebabkan oleh otak berkembang paling pesat sepanjang 3 tahun pertama kehidupan, nutrisi yang dibekalkan pada masa ini mempunyai kesan yang berkekalan kepada keseluruhan fungsi otak.

Bagi kanak-kanak yang kerap diberi makanan diproses pada usia 3 tahun, penambahbaikan diet yang dilakukan kemudian tidak memberikan kesan yang ketara untuk meningkatkan kecerdasan otak mereka.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)