Barah ovari popular dengan gelaran "pembunuh senyap" bagi golongan wanita dan merupakan bentuk kanser yang paling berbahaya.

Ia menduduki tempat ke-5 dalam senarai penyakit yang membunuh wanita berkaitan dengan kanser, yang membunuh lebih banyak nyawa berbanding barah sistem pembiakan yang lain.

Kebarangkalian seorang wanita itu untuk didiagnos mengalami barah ovari dalam hayatnya adalah 1 dalam 78, lebih rendah daripada kebarangkalian untuk mati iaitu 1 dalam 108.

BESARKAN TEKS     A-  A+

8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu 2

Jika ia berlaku kepada wanita berusia 30 tahun ke bawah, mereka boleh melakukan rawatan susulan mampu menyembuhkan pada kadar pantas. Ia juga mempunyai kebarangkalian tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 tanda-tanda awal barah ovari yang anda harus ambil tahu sebelum terlambat.

1. Pendarahan berlebihan

pendarahan berlebihan 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Bagi wanita yang memiliki tubuh badan yang sihat, berlakunya haid (pendarahan) sebulan sekali adalah normal. Tapi dalam kes barah ovari, pendarahan boleh menjadi tidak teratur.

Wanita yang mula mengalami pendarahan berlebihan, iaitu jika tempoh haid mereka berlanjutan terlalu lama, atau kitaran haid menjadi tidak menentu, mereka mengalami haid dua kali sebulan. 

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Prevention, ia kebanyakannya dialami oleh golongan wanita yang lebih muda. Tetapi ia tidak bermakna pendarahan tidak teratur tidak berlaku kepada mereka yang sudah mengalami menopos.

Kadang-kadang, kanser ovari boleh merangsang secara berlebihan terhadap pengeluaran estrogen dan ini boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal pad wanita yang telah menopos.

Jika anda berasa seperti mengalami pendarahan tidak normal, sila rujuk kepada doktor pakar sakit puan dengan segera.

2. Kembung perut

kembung perut 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Jika berlaku kembung perut, ia biasanya merupakan tanda bahawa tempoh kitaran haid wanita akan bermula. Namun dalam sesetengah kes, kembung perut ini mungkin tidak surut. 

Ia boleh berlanjutan untuk beberapa bulan walaupun pelbagai ubat-ubatan diambil untuk menghilangkannya. Dan perlu diketahui bahawa kembung perut juga boleh menjadi tanda bahawa berlakunya pertumbuhan tumor dalam ovari anda.

3. Kekejangan yang ekstrem

kekejangan ekstrem 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Mengalami kekejangan ketika haaid adalah sesuatu yang biasa bagi kebanyakan wanita, namun anda perlu peka terhadap tahap kekejangan yang berlaku kerana kekejangan juga boleh menjadi tanda kepada kanser ovari.

Sesetengah wanita boleh mengalami kekejangan yang memberi kesan yang sangat serius. Jika anda alami kekejangan yang teruk sebelum, ketika dan selepas haid, anda harus berjumpa dengan pakar sakit puan dengan segera.

4. Sakit belakang

sakit belakang 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Satu lagi perkara yang berkaitrapat dengan haid adalah mengalami sakit belakang. Sakit belakang sering juga disebabkan oleh hari yang tertekan, tetapi dalam sesetengah kes, sakit ini boleh menjadi tersangat mengganggu.

Malah, tak kiralah banyak mana sekalipun gel yang anda sapu, ia tidak dapat melegakan kesakitan tersebut. Jika ini berlaku, ia boleh menjadi tanda kepada barah ovari yang harus diberikan perhatian serta-merta.

5. Ketidakcernaan 

ketidakcernaan 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Selain daripada kembung perut atau angin, ketidakcernaan juga boleh menjadi petanda awal barah ovari. Ia boleh dirasai seperti pedih ulu hati, senak atau sembelit. Walaupun diberikan ubat oleh doktor, namun perut anda masih tidak selesa.

Jika ini berlaku, perhatian yang pantas perlu diberikan bagi mengelakkan masalah yang lebih serius.

6. Rasa kenyang

rasa kenyang 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

sesetengah kes barah ovari boleh menyebabkan pengumpulan cecair di sekeliling pinggul dan kawasan sekitar, dan ini sekaligus boleh membuatkan anda berasa kenyang.

Jika anda biasanya makan nasi 2 kali sehari namun tiba-tiba berasa kenyang dengan hanya sepinggan nasi, anda perlu merujuk kepada pakar kerana barah ovari boleh membuatkan selera makan anda berkurangan.

7. Kerap kencing

kerap kencing 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Walaupun meminum jumlah air yang biasa diminum, mereka yang mempunyai tanda-tanda barah ovari boleh membuatkan mereka pergi ke tanda lebih kerap.

Tanda-tanda ini juga boleh merujuk kepada jangkitan saluran kencing namun dalam sesetengah kes, ia boleh menjadi barah. Jika anda berasa seperti kerap kencing lebih daripada biasa, ia mungkin petanda.

8. Kesukaran bernafas

kesukaran bernafas 8 tanda awal kanser ovari yang anda wajib ambil tahu

Pertumbuhan barah pada ovari kadang-kala menghalang keupayaan seseorang untuk bernafas secaraa normal.

Ia mungkin disebabkan oleh pertumbuhannya menolak semua organ-organ lain, yang mana boleh menyebabkan fungsi tubuh badan menjadi sukar untuk bekerja.

Mereka yang normal jarang mengalami masalah pernafasan kecuali ketika bersenam, jika anda mengalaminya, rujuk kepada pakar untuk maklumat lanjut.


Nota: Seperti yang dijelaskan, jika anda mengalami tanda-tanda ini, jangan beranggapan bahawa anda mengalami barah ovari, tetapi rujuk kepada pakar terlebih dahulu.

Rujukan:

1. Ovarian Research

2. Ovarian cancer prevention, screening and early detection

3. Mayo Clinic

4. Ovarian Cancer




Hakcipta iluminasi.com (2017)