anak syamsul yusof masuk hospital 1

Kredit foto: Instagram Syamsuk Yusof & Instagram Puteri Sarah Liyana

Anak sulung sutradara Syamsul Yusof, Syaikhul Islam sudah kembali sihat selepas ditempatkan di hospital sejak beberapa hari lepas.

"Alhamdulillah, syukur dah sihat," kata Syamsul menurut laporan portal Mstar Online.

Syamsul mengulas kiriman Instagram yang dikemaskini isterinya, Puteri Sarah pada Jumaat lalu.

Dalam kiriman itu, Sarah memaklumkan tentang kesihatan Syaikhul terjejas selepas mengalami batuk berkahak dan demam panas.

Bagaimanapun anak kecil itu tidak mengalami sebarang penyakit kronik.

anak syamsul yusof masuk hospital 2

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana

"Pagi semalam (19 Oktober) batuk berkahak, malam badan panas naik mendadak. Bagi makan ubat dah ok sikit tapi menangis tak berhenti.

"Tidur nak kena peluk sentiasa. Tiba-tiba pukul 12 malam merengek menggigil suhu 38.6! Nasib baik cepat-cepat bawa pergi hospital.

"Check suhu Syaikhul dah 39.9. Doktor masuk ubat ikut buttock. Ambil darah, meraung Syaikhul kena cucuk.

"Sampai pukul 2.40 pagi tunggu keputusan. Alhamdulillah, Syaikhul tak ada penyakit kronik ke apa. Cuma demam panas," tulis Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Lantas perkongsian itu dibanjiri komen daripada netizen yang mendoakan agar anak berusia enam bulan itu segera sembuh.

Dalam pada itu, penerbit Mohd Noor Kadir juga meluangkan masa melawat Syaikhul yang juga cucu pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam.

anak syamsul yusof masuk hospital 3

Kredit foto: Instagram Mohd Noor Kadir

"Atuk sayang cucu. Menemani DYH (Datuk Yusof Haslam) menziarahi cucunya (anak Syamsul Yusof) yang sakit di Hospital Pantai, Ampang, KL petang semalam (22/10/17)," tulis Mohd Noor.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)