Oleh pada 25 Feb 2017 kategori

Gambar wajah suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam (abang tiri kepada Kim Jong Un) telah disebarkan oleh laman berita antarabangsa. Bagaimana gambar-gambar ini boleh terlepas masih tidak dapat diketahui. Berikut adalah suspek kes kematian Kim Jong Nam ini. Netizen diminta tidak mengeluarkan sebarang spekulasi kerana kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut laman berita antarabangsa, dua suspek wanita yang ditahan pihak PDRM, masih muda dan kelihatan dan tidak berpewatakan seperti penjenayah pun. Bermula dengan Siti Aisyah yang dilaporkan datang dari Indonesia, berumur 25 tahun. Beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu tentang pembunuhan ini. Beliau menyangka ini hanya sebuah 'prank'.

Siti Aisyah @ Siti Aishah (Indonesia)

Berasal dari Serang Banten Indonesia, pernah menetap di Jakarta. Sudah berkeluarga dan memiliki seorang cahaya mata (anak lelaki). Beliau menceritakan kepada pihak media bahawa beliau diupah untuk rakaman filem ataupun rakaman 'prank'. Namun tidak disangka rupanya sehingga melibatkan kematian seseorang. 

gambar doan thi huong kes bunuh kim jong nam

Doan Thi Huong (Vietnam)

Suspek kedua yang paling hampir dengan kes pembunuhan ini adalah Doan Thi Huong. Duon Thi Huong baru berumur 28 tahun, dilahirkan pada tahun 1988. Maklumat ini diberikan oleh adik kandungnya kepada pihak media. Doan telah lama meninggalkan ahli keluarganya dan langsung tidak berhubung dengan mereka. Kata adiknya lagi, Doan merantau untuk mengejar kerjaya.

diplomat hyon kwang song

pekerja syarikat penerbangan kim uk il

Hyon Kwang Song (atas) dan  Kim Uk Il (bawah)

Sekretariat / Pegawai Diplomat (embassy) Korea Malaysia dan pekerja syarikat penerbangan Korea. Ini adalah suspek terbaru didalam kes ini. Gambar ini telah dipaparkan pertama kali oleh Yahoo News. Maklumat lanjut masih belum dapat diketahui.

lagi gambar suspek lain yang berjaya ditahan pihak pdrm




Hakcipta iluminasi.com (2017)