senjata kimia paling merbahaya racun vx

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa racun yang digunakan untuk membunuh Kim Jong Nam, abang tiri kepada Kim Jong Un adalah racun bernama VX. Ianya adalah bahan bertoksik tinggi dan boleh menyebabkan kematian hanya dalam beberapa minit sahaja. Racun ini telah dilarang penggunaannya sejak tahun 1993 kerana dianggap sebagai senjata beracun yang sangat merbahaya.

Apa itu racun VX?

Racun VX adalah ejen kepada saraf manusia. Racun yang mengganggu sistem saraf adalah senjata paling berbanding senjata fizikal yang lain. Menurut Pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat (CDC), racun VX adalah paling "power" dan berkuasa dikalangan senjata beracun setaraf dengan "sarin" yang telah dicipta sebagai senjata oleh Jerman pada tahun 1983.

Virus VX ini mula dibangunkan oleh United Kingdom pada tahun 1950an sebagai senjata kimia. Ianya adalah cecair yang berminyak tanpa rasa dan bau. 

cara penggunaan dan kesan virus vx

Bagaimana racun VX membunuh mangsa?

Gas yang dikeluarkan oleh racun VX adalah paling bahaya dan paling cepat membunuh mangsa. Selain itu, dalam bentuk cecair, ianya juga boleh dituang ke dalam air ataupun makanan untuk membunuh mangsa.

Simptom terkena racun VX

Ianya bergantung kepada tempoh terdedah kepada racun ini. Namun boleh memberi kesan serta merta sekiranya terdedah kepada gas VX ini dalam kuantiti yang sangat banyak dan boleh menyebabkan lumpuh, hilang kesedaran diri, dan kematian. Sekiranya terdedah sedikit sahaja, jantung akan berdegup kencang sementara pandangan mata akan menjadi kabur, cirit birit, sengal badan dan berasa lemah badan

Racun VX ini ada ubatnya. Namun sekiranya terdedah, harus segera mendapatkan rawatan.Rujukan : CNN 


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)