Polis Diraja Malaysia, PDRM kini sedang meneliti kes penyebaran rakaman CCTV berkaitan pembunuhan Kim Jong Nam yang telah diserang sehingga mengakibatkan kematiannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulas bahawa penyebaran rakaman itu menghalang dan mengganggu siasatan polis berhubung pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara itu. Sehubungan itu, polis sedang mengkaji apakah tindakan bersesuaian yang akan diambil kepada penyebar rakaman tersebut.
Rakaman CCTV itu telah tersebar dan menjadi viral sejak disiarkan oleh media Jepun baru-baru ini. Dalam rakaman dramatik itu, seorang saspek wanita dipercayai telah menggunakan sejenis racun di muka Kim Jong Nam sebelum bergegas keluar. Kim Jong Nam kemudian dilihat meminta bantuan berhubung perkara itu.
Bacaan lanjut berkaitan pembunuhan Kim Jong Nam di sini.