Oleh pada 20 Dec 2017 kategori

Sumber Foto: childhooddiaries.com

Sehingga tahun 1930, Mahatma Ghandi telah menjadi seorang figura politik yang penting dan beliau sangat dihormati oleh Barat. Beliau mampu untuk mempengaruhi orang ramai untuk menentang penjajah British tanpa melibatkan sebarang keganasan.

Dandi March (Salt March) Perarakan Yang Mengubah Nasib India

dandi march mahatma gandhi 878

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: manavektamission.org

dandi march perarakan

Sumber Foto: mid-day.com

Gandhi telah mengepalai Dandi March dengan berarak sejauh 390km dari Sabarmati hingga ke penempatan berhampiran laut di Dandi, meraih perhatian antarabangsa.

Pegerakan terancang ini adalah sebagai bantahan kepada monopoli tidak adil penjajah British terhadap bekalan garam. Peristiwa ini menjadi ingatan dalam sejarah perjuangan pembebasan India. 

Dengan kejayaan perarakan ini, Gandhi dikenali sebagai penyokong perjuangan yang tidak menggunakan keganasan. Hal ini menyebabkan gesaan daripada pembantu beliau untuk menulis sepucuk surat kepada diktator Adolf Hitler untuk tidak memulakan sebuah lagi perang dunia. 

Kuasa Paksi VS Kuasa Bersekutu 

kuasa paksi dan kuasa bersekutu

Sumber Foto: quora.com

Pada tahun 1936, Führer (Pemimpin) Adolf Hitler telah berunding terma dengan negara-negara seperti Itali dan Jepun dalam kerjasama melawan Kuasa Bersekutu (Britain, Amerika Syarikat dan lain-lain). Dua tahun kemudian, tentera Nazi telah mula menjajah Austria. 

Britain dan Perancis berpendapat bahawa penjanjian yang mereka tandangani dengan Führer Hitler yang memberikan kuasa kepada beliau di sebahagian Czechoslovakia akan membuatkan beliau bertenang daripada berperang.

Pada tahun 1939, tentera Nazi mengambil alih seluruh Czechoslovakia. Hal ini menanam benih Perang Dunia Kedua, dengan Britain berpihak kepada Poland sekiranya Jerman memulakan perang dengan negara tersebut. 

Surat Pertama Kepada Führer Adolf Hitler

surat pertama mahatma gandhi kepada adolf hitler

Sumber Foto: todayifoundout.com

Ketika itu, Gandhi merasakan hal tersebut perlu dielakkan dan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengelakkan lebih ramai kematian akibat peperangan. 

Pada 23 Julai 1939, beliau meluahkan buah fikiran dan perasaan beliau dengan menulis sepucuk surat kepada Führer Hitler. 

Berikut adalah kandungan terjemahan surat tersebut:

Wahai sahabatku, 


Rakan-rakanku telah menggesaku untuk menulis sepucuk surat kepadamu demi nilai kemanusiaan. Namun, aku menolak permintaan mereka kerana merasakan apa-apa surat dariku dilihat tidak berkenaan. Sesuatu memberitahuku untuk tidak berkira, dan aku perlu membuat rayuan kepadamu.


Adalah jelas bahawa engkau adalah satu-satunya manusia di dunia hari ini yang mampu mengelakkan peperangan. Mahukah engkau membayar harga sebuah objek walau bernilai manapun ia kelihatan bagimu? Akankah engkau dengar rayuanseorang yang sengaja mengelak dari cara peperangan walaupun tanpa sebarang kejayaan? Apapun, aku mengharapkan kemaafan darimu, sekiranya ada aku bersalah dalam penulisanku terhadapmu.


Aku menunggu.


Sahabatmu yang ikhlas,
M.K. Gandhi

Surat ini bagaimanapun tidak sampai ke tangan penerimanya, kerana terdapat campur tangan Britain. 

Seperti yang dijangka, pada 3 September 1939, tentera Nazi menjajah Poland, bermulanya detik-detik Perang Dunia Kedua. Britain dan Perancis bersatu menentang Jerman, dan USSR (Soviet Union) hanya menjadi pemerhati. 

Jerman tidak menghadapi sebarang kesulitan bagi mengalahkan Kuasa Bersekutu dan sehingga Mei 1940, mereka berjaya menguasai Belgium, Denmark, Perancis, Luxembourg, Belanda dan Norway. 

Julai tahun sama, tentera Nazi menyerang Britain di tanah air mereka. Sekitar 30,000 pengeboman telah berlaku di London mengorbankan ribuan manusia.  

Surat Kedua Kepada Führer Adolf Hitler

surat kedua mahatma gandhi kepada adolf hitler 115

Sumber Foto: drivingoz2uk2.com

Terkejut dan sedih dengan kemusnahan dan kematian yang berlaku, Gandhi sekali lagi menulis surat kepada Führer Hitler. Dalam surat kedua beliau, beliau memanggil Führer Hitler sebagai sahabat seperti dalam surat pertama.

Antara kandungan surat tersebut adalah,

Aku memanggilmu sahabat bukanlah kerana disebabkan formaliti. Aku tidak mempunyai musuh. Urusan hidupku sejak 33 tahun lepas adalah memupuk persahabatan dengan manusia, walaupun berbeza bangsa, warna mahupun kepercayaan.

Kali ini, Gandhi menegur tindakan Führer:

Penulisan dan pengumumanmu... tidak memberikan sebarang ruang keraguan yang kebanyakan tindakanmu adalah tiada kemanusian dan tidak bermaruah.

Engkau telah memalukan Czechoslovakia, merogol Poland dan menelan Denmark.

Beliau turut memberi kritikan dengan kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Nazi:

Aku kagum denganmu yang tidak melihatnya sebagai monopoli sesiapa. Sekiranya bukan Britain, kuasa lain pasti akan memperbaiki cara dan menentangmu dengan senjatamu.

Engkau tidak meninggalkan sebarang legasi kepada rakyatmu yang boleh membanggakan mereka.

Mereka tidak boleh berbangga dengan tindakan kejammu, walaubagaimanapun engkau rancang. Aku, oleh itu, merayau kepadamu atas nama kemanusiaan untuk memberhentikan peperangan ini.

Beliau mendesak walaupun kedua India dan Jerman benci akan Britain, keganasan bukanlah jalan penyelesaian. Surat beliau berakhir dengan:

Ketika ini hati semua rakyat Eropah mahukan keamanan. Adakah permintaanku untuk keamanan suatu yang melampau?

Nasib surat ini walaubagaimanapun tidak diketahui namun siapa tahu bagaimanakah kesannya terhadap perjalanan sejarah sekiranyana Führer bersetuju dengan rayuan Gandhi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)