Bagi mereka yang pernah melawati bandar Barcelona, anda pasti tahu bahawa bandar ini adalah antara bandar yang paling tenang di dunia, dipenuhi dengan pasar-pasar, kafe di tepi jalan dan kehidupan jalanan yang penuh dengan orang ramai.

Namun, ia juga tidak terlepas daripada dipenuhi dengan kereta dan tercemar oleh pencemaran dalam masa beberapa dekad yang lalu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 2014, bandar ini berhadapan dengan masalah pencemaran udara yang sangat serius dan gagal mencapai tahap kualiti udara Kesatuan Eropah. 

kesesakan lalu lintas di barcelona

Kajian menunjukkan bahawa pencemaran udara di rantau ini menyebabkan 3,500 kematian pramatang setiap tahun. Trafik di bandar ini juga menyebabkan pencemaran bunyi yang teruk. 

Oleh itu bandar ini telah membangunkan Pelan Mobiliti Bandar, yang direka mengurankan trafik sebanyak 21%. Ia juga dapat mengembalikan bandar ini kepada orang ramai dan juga mengurangkan pencemaran.

Di Malaysia, kita masih tak boleh bersetuju dengan idea bahawa bandar adalah untuk orang ramai. Di bandar seperti Kuala Lumpur, kesesakan disebabkan oleh kenderaan tersangat membimbangkan dan mencetuskan pelbagai masalah.

Pengangkutan awam terutamanya bas sememangnya sukar untuk tiba tepat pada masa disebabkan oleh masalah ini.

lorong basikal di malaysia dianaktirikan

Malah, lorong basikal di Malaysia sangatlah tidak praktikal disebabkan oleh ia digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan kenderaan menghalang jalan.

Lorong basikal juga dikatakan hanya menyusahkan penggunaan kenderaan bermotor.

Jika dilihat kepada pelan baru ini, ia terdiri daripada 300 kilometer lorong basikal yang baru, sistem bas yang diubahsuai dengan akses yang lebih baik dan kerap, lebih banyak ruang hijau dan macam-macam lagi.

superblok di barcelona 77

Namun, apa yang paling menarik dan cool dalam pelan ini adalah apa yang dikenali sebagai "superblok", sebuah konsep yang dibina oleh Salvador Rueda, direktor Agensi Ekologi Bandaraya Barcelona.

Ideanya sangat ringkas. Ambil 9 blok petak dalam bandar ini dan jalan-jalan di dalam blok ini ditutup kepada trafik seperti bas, trak barang atau kurier, serta mana-mana kenderaan yang bergerak daripada satu bahagian bandar ke bahagian lain harus memandu di luar perimeter 9 blok ini. 

pelaksanaan superblok

perubahan superblok

Dalam kawasan superblok ini, hanya kenderaan tempatan sahaja dibenarkan masuk dan had kelajuan adalah 10 kilometer sejam. Kawasan parkir di tepi jalan digantikan dengan parkir bawah tanah.

Ini memberikan kawasan yang lebih luas membolehkan wujudnya lebih banyak pasar-pasar dan perniagaan. Lorong di dalam superblok juga dihad kepada lorong sehala, jadi ia tidak mengganggu kawasan pejalan kaki.

Kawasan yang dahulunya dipenuhi kereta kini lebih bebas dan lebih banyak aktiviti jalanan boleh dilakukan seperti pesta dan jualan-jualan.

Malah, pejalan kaki tidak perlu risau risiko bahaya. 

Ia juga akan menjadikan blok-blok ini seolah-olah perkampungan kecil dan ruang dalamannya dikongsi sama rata oleh penggunaan kenderaan dan kegunaan lain.

petaling street kuala lumpujr

Walaupun di Malaysia kita tidak mengimplentasikan sistem blok, namun pelan ini masih boleh dilaksanakan dan tidak terhad kepada bandar yang menggunakan sistem blok sahaja.

Apa yang penting adalah menghalang kenderaan luar dan bas-bas serta trak barang daripada memasuki lorong kecil. Ini mampu mewujudkan lebih banyak kawasan seperti Petaling Street dan Masjid India.

Sekiranya superblok dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Barcelona, Salvador menganggarkan bahawa 60% daripada ruang jalan raya yang kini digunakan oleh kenderaan akan berubah kepada penggunaan bercampur, atau bebas kenderaan.

Kerajaan Barcelona menyenaraikan 6 sasaran untuk superblok:

  1. Mobiliti yang lebih mampan
  2. Menghidupkan kembali kawasan awam
  3. Promosi biodiversiti dan hijau bandar
  4. Promosi fabrik sosial bandar dan perpaduan sosial (kesediaan anggota masyarakat untuk bekerjasama antara satu sama lain)
  5. Menggalakkan kecukupan dalam penggunaan sumber
  6. Integrasi proses tadbir urus

Sasaran mereka adalah superblok ini akan menjadi komuniti yang berbeza, kawasan kejiranan di dalam kejiranan, dengan tadbir urus dan sumber yang sama, setara dengan bandar mikrogrid.

Idea ini ialah superblocks ini akan menjadi komuniti yang berbeza, kawasan kejiranan dalam kawasan kejiranan, dengan tadbir urus bersama dan sumber yang sama - setara bandar mikrogrid, jika anda akan.

Hasil daripada pelaksanaan superblok

hasil yang dibuktikan oleh bandar vitoria gasteiz

Jadi, bagaimana kita hendak mengetahui hasil daripada eksperimen pelan ini? Di barat laut Barcelona terdapat sebuah bandar yang dikenali sebagai Vitoria-Gasteiz yang telah melaksanakan pelan superblok ini sejak tahun 2008 lagi.

Dalam superblok utama di pusat bandar, kawasan pejalan kaki meningkat daripada 45% jumlah kawasan permukaan kepada 74%. 

Dan dengan trafik yang semakin rendah, pencemaran bunyi juga semakin menurun daripada 66.5 dBA kepada 61 dBA.

Apa yang paling mengagumkan adalah berlakunya pengurangan pelepasan nitrogen oksida sebanyak 42% dan 32% kurang pencemaran zarah di kawasan tersebut.

Malah, perniagaan di kawasan sekitar semakin memberangsangkan.

jalan yang lebih luas kepada pejalan kaki

jalan yang lebih luas kepada pejalan kaki 2

Pengurangan penggunaan kereta di superblok memberikan manfaat kepada perniagaan kerana orang menjadi lebih ramai di kawasan tersebut dengan berjalan kaki dan memberi perhatian kepada perniagaan sekeliling. 

Pendek kata, pusat aktiviti sosial cenderung untuk terbina dengan sendirinya.

Persoalannya, adakah pelan seperti ini mampu berfungsi dan memberikan kebaikan kepada bandar-bandar di Malaysia terutamanya bandar-bandar yang sesak dan maju?

Mungkin ya dan mungkin tidak.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)