Dalam zaman dunia sosial sekarang ini yang kebanyakan interaksinya datang dari interaksi media sosial, perkara yang selalunya kerap berlaku (dan sangat popular) adalah tindakan bertelagah di internet.

Zaman dulu, semua pertelagahan berlaku di ruang MIRC, sesuatu yang rasanya generasi sekarang akan tertanya "apa dia? IC?" Boleh dikatakan akan ada sahaja pelbagai topik dan isu yang seolah-oleh memanggil kita untuk berkongsikan pandangan, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hakikat yang kita perlu terima, internet adalah medan bertelagah idea dan ia sesuatu yang amat sesuai untuk tujuan itu. Tidak wujud sebarang interaksi fizikal dan semua interaksi berlaku dalam medan yang hanya memberikan kesan psikologi kepada minda. Ada pelbagai perkara kita akan berikan respon seperti carta 10 filem terbaik filem Malaysia hinggalah perbincangan melibatkan falsafah, sains, teknologi dan pelbagai topik lain.

Wujud pula pelbagai jenis watak yang menceriakan (atau mencacatkan) internet, ada yang berhujah dengan matang, berhujah seperti kanak-kanak, hanya sekadar menonton dan mahu jadi batu api. Semua watak-watak itu melengkapkan medan bertelagah yang bercambah setiap hari sehingga mengambil masa kita yang sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Kenapa kita buat semua itu?

Kenapa masyarakat kita khasnya amat gemar berlawan pendapat dengan seseorang yang langsung tidak dikenalinya di internet?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Royal College of Surgeons, Ireland Institute of Leadership, mereka menyimpulkan bahawa kita bertelagah di internet dan media sosial kerana tanpa kita sedar, kita mahu mewujudkan satu identiti untuk dikenali dalam ruang siber, yang hanya mahu memandang sesuatu perkara itu dari satu pandangan kita sahaja.

Medan pertelagahan di internet melalui media sosial membuatkan kita menjadi lebih bersifat narsisistik, terlalu ramai manusia yang teruja dengan pandangan diri sendiri.

Tetapi mengapa perkara itu berlaku dengan banyaknya?

Dilaporkan, apabila kita berada di ruang siber, kita akan mengalami satu kekangan yang digelarkan sebagai "online disinhibition" atau diterjemahkan sebagai "kekurangan deria atas talian" di mana kita tidak mampu melihat seseorang itu bercakap, mendengar apa yang dituturkan dan kurangnya bantuan bahasa dalam bentuk audio, yang akan membuatkan teks yang kita baca berbunyi lebih 'berani' daripada sepatutnya

Kita juga kekurangan petunjuk yang membantu kita memahami dengan siapa kita sedang berkomunikasi, jadi kita akan bergantung kepada apa yang kita dapat lihat berkenaan individu tersebut seperti gambar dia, kegemaran dia, gambar-gambar kehidupan yang dikongsikan atau apa saja maklumat yang dimuatnaik dalam internet.

Adakah ada di antara kita yang memuatnaik perkara-perkara yang membuatkan kita nampak lemah, susah atau kurang hebat di internet? Jarang berlaku! Ini adalah salah satu penyebab kenapa perdebatan di internet selalunya berlaku sehingga ke satu tahap di mana kita langsung tidak mempedulikan lagi emosi orang lain. Kita jadi langsung tidak kisah kita menyakiti perasaan orang kerana pada sangkaan kita, dia seorang yang hebat dan mampu menanggung pertelagahan dengan kita.

iluminasi gaduh internet02

Apa yang mengejutkan, hasil kajian mereka mendapati kebanyakan pihak yang memilih untuk berlawan hujah di internet sebenarnya bukan sekadar bertelagah pendapat dengan orang lain, tetapi pada masa yang sama mencari ruang untuk meluahkan perasaan yang tersimpan terhadap ketidak puashatian mereka yang mungkin ada pada hubungan mereka dengan ayah, ibu, suami, isteri, kawan, saudara mara atau mungkin dirinya sendiri.

Persoalan paling besar, adakah bertelagah ini membantu?

Tidak. Buktinya, hasil kajian daripada Universiti Wisconsin-Green Bay mendapati bertelagah di internet tidak menjadikan kita lebih tenang, sebaliknya menjadikan kita lebih marah dan mengalami gangguan emosi, tak kiralah walaupun tujuan awal kita berlawan pendapat itu bermula dengan niat yang baik.

Adakah tidak ada kebaikan dari berlawanan pendapat dan bertelagah di internet? Ada, cuma soalan itu amat bergantung dengan niat kita berinteraksi.  Adakah kita ingin berkongsi sesuatu dengan orang yang mempunyai pandangan yang sama, dengan niat sekadar berkongsi?

Itu sebenarnya ok.




Hakcipta iluminasi.com (2017)