Setiap daripada kita tak pernah terlepas daripada ujian hidup. Semua orang pernah berada dalam situasi di mana semua perkara di sekeliling kita seperti tak kena. Sekejap anda berasa tenang, kemudiannya anda menjadi kacau bilau.

Anda tak tahu apa yang anda rasa, dan anda hanya ingin lari jauh daripada semua yang anda hadapi ketika ini. Jika ini berlaku pada anda, sebenarya anda sedang mengalami keletihan fizikal dan emosi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam diam, fizikal dan emosi yang keletihan akan membuatkan anda menjadi semakin tertekan dan memakan diri anda dari dalam. Nasihat penulis yang pernah mengalami situasi ini adalah anda perlu bertindak cepat untuk selesaikannya, sebelum terlambat.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 tanda-tanda anda mengalami keletihan fizikal dan emosi.

1. Anda mudah marah

mudah marah tanda anda keletihan fizikal dan mental 66

Semakin lama, anda menjadi semakin berputus asa. Ketidakupayaan dan kekurangan tenaga membuatkan anda sangat mudah marah. Sebenarnya anda harus keluar dan lakukan sesuatu yang lebih baik, namun anda rasakan adalah lebih baik untuk mengelak daripada berhubung dengan dunia luar.

Jangan seksa diri anda sebegini, semua orang pernah lalui saat-saat ini. Penulis tahu, ia sangat menyeksakan dan tertekan. Tetapi daripada membuang masa anda dengan begitu, adalah lebih baik jika anda gunakannya untuk perbaiki diri.

2. Tahap motivasi anda semakin merudum

tanda tanda anda keletihan fizikal dan emosi 6

Anda berasa yang anda tak mampu untuk melakukan atau menyelesaikan apa-apa kerja. Anda bergelut dalam mencari motivasi yang anda perlukan.

Matlamat yang satu ketika dahulu merangsang anda untuk bekerja keras kini dirasakan seperti tidak cukup.

Jika anda dalam situasi ini, anda perlu berehat. Jangan terlalu memaksa diri, kerana inspirasi yang anda cari ada di sekitar anda dan ia akan datang kepada anda apabila anda tak menjangkakannya,.

3. Anda alami kebimbangan lebih kerap daripada biasa

tanda tanda anda keletihan fizikal dan emosi 4

Hasil daripada terlalu letih, anda berasa semakin tertekan daripada biasa. Rasa bimbang datang menyerang minda anda seperti satu rutin harian. Tolong, jangan rasa takut. Cuba dengan cari jalan untuk tenangkan diri dalam usaha menyembuhkan luka-luka anda.

Cuba gunakan masa anda bersendirian dan cari apa yang anda inginkan dalam hidup.

4. Anda mempunyai masalah untuk tidur

sukar tidur tanda anda keletihan fizikal dan mental

Anda sering berasa diri anda seperti tak teratur. Keletihan yang membelenggu membuatkan anda sukar untuk bertenang dan sukar untuk tidur.

Ketika ini, insomnia sudah menjadi perkara biasa dalam hari anda.

5. Anda berasa marah disebabkan perkara kecil

tanda tanda anda keletihan fizikal dan emosi 9

Disebabkan rasa sensitif anda yang semakin menggunung, anda berasa lebih teruk daripada yang biasa anda rasa. Anda mudah menjadi marah disebabkan perkara-perkara kecil yang tak penting dan perasaan itu membuatkan anda menangis.

Sekali lagi, jangan seksa diri anda. Ambil masa untuk betulkan keadaan dan dunia anda, walau sesukar mana sekalipun keadaan anda, ia akan berbaloi apabila anda berjaya laluinya.

6. Anda berasa pening dan mual 

tanda tanda anda keletihan fizikal dan emosi 0

Antara salah satu petanda terbesar dalam individu yang terlalu letih adalah rasa pening dan mual yang berterusan. Apabila seseorang mengalami tekanan mental ia secara semulajadi memberi kesan kepada fizikal. Namun, anda harus elakkan ia daripada berlaku sebelum terlambat.

Selesaikan masalah anda, kerana tiada siapa yang akan tolong anda melainkan diri anda.

7. Anda rasa nak menangis tanpa sebab

mudah menangis tanda anda keletihan fizikal dan mental

Apabila anda berada dalam situasi yang teruk dalam hidup anda, anda berasakan satu dunia cuba untuk jatuhkan anda.

Deria anda menjadi semakin peka dan apabila anda mencapai tahap paling sensitif, anda akan mengalirkan air mata walaupun disebabkan gurauan kecil.

Apabila kita letih dari segi fizikal dan mental, kekuatan kita akan hilang untuk menghadapi sesuatu yang mencabar dan rasa tertekan dari hari ke hari semakin menjadi-jadi.

Satu-satunya mekanisma yang digunakan badan dan jiwa kita untuk "mencuci" diri adalah dengan menangis.

8. Anda mula berasa hilang harapan

tanda tanda anda keletihan fizikal dan emosi 5

Dan selepas beberapa ketika, anda akan berakhir dengan hidup tanpa rasa apa-apa. Anda tak rasa sedih, dan dalam masa yang sama anda tak rasa gembira .

Anda seperti tiada perasaan. Ia merupakan tahap di mana anda hilang segala harapan, jadi jangan biarkan anda sampai ke tahap yang berbahaya ini.

Apabila anda rasa perubahan negatif terhadap diri anda, cuba berhenti dan bertenang. Ambil masa, tarik nafas dan sembuhkan luka anda. Anda mampu untuk atasi apa sahaja yang berlaku dalam hidup anda.

Apa yang anda perlukan adalah jaga diri anda dan kembalikan perasaan yang anda rasa ketika anda gembira satu ketika dahulu.

"Every little thing, gonna be alright." Bersabarlah..




Hakcipta iluminasi.com (2017)