Di Malaysia, terdapat banyak stesyen keretapi yang terletak di bawah tanah. Ianya bukanlah sesuatu yang pelik kerana adakalanya ianya terpaksa dilakukan memandangkan keadaan trafik dan jalan raya sedia ada yang sudah terlalu padat. Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, stesyen keretapi terpaksa dibina jauh lebih ke dalam memandangkan keadaan bentuk muka bumi yang tidak mengizinkan.

Stesyen Keretapi Arsenalna

Stesyen keretapi Arsenalna merupakan stesyen keretapi paling dalam dunia. Ia terletak sedalam 105.5 m jauh ke dalam tanah. Untuk ke stesyen ini, anda haruslah menaiki escalator dan mengambil masa kira-kira 5 minit untuk sampai dari atas ke bawah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cuba bayangkan berapa lamakan diperlukan sekiranya escalator tersebut rosak?

Pembinaan stesyen Arsenalna yang unik ini adalah disebabkan struktur geografi tempat ianya dibina. Ruang masuk ke stesyen ini terletak di kawasan tinggi cerun bukit yang terletak di Sungai Dnieper.

arsenalna metro

Kredit gambar:Antares 610/Wikimedia

Stesyen Keretapi Admiralteyskaya

Stesyen Keretapi Admiralteyskaya merupakan stesyen kedua terdalam didunia. Ianya terletak kira-kira pada kedalaman 86m daripada permukaan. Stesyen ini juga memiliki escalor terpanjang di dunia, iaitu melebihi 130m. Stesyen ini merupakan salah satu stesyen dalam Saint Petersburg Metro, di mana dalam sistem ini terkenal sebagai sistem keretapi paling dalam di dunia.

admiralteyskaya metro 81

Kredit gambar:da885/Flickr

Stesyen Keretapi Park Pobedy

Kerajaan Soviet Union sangat terkenal dengan pembinaan sistem keretapi bawah tanah. Selain sistem kereta Saint Peterseburg, terdapat sistem keretapi Moscow Metro yang memiliki stesyen keretapi Park Pobedy yang terletak pada kedalaman 84m, seterusnya menjadikan ianya sebagai stesyen keretapi ke 3 terdalam di dunia.

park pobedy

Kredit gambar:jaime.silva/Flickr

Pembinaan sistem keretapi bawah tanah bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kepakaran tinggi jurutera. Selain itu, kos pembinaannya juga jauh lebih tinggi dan banyak kriteria keselamatan yang perlu diambil kira sebelum sesuatu stesyen itu dibina.




Hakcipta iluminasi.com (2017)