Kira-kira 80 kilometer selatan bandar Wroclaw, di kawasan pergunungan tertua Poland iaitu Gunung Owl, terdapat sebuah binaah kompleks dan terowong rahsia yang telah dibina semasa zaman pemerintahan Nazi. Projek ini diberi nama Projek Riese.

Saiz sebenar dan tujuan asalnya dibina tidak begitu jelas memandangkan jaringan terowong dan kompleks ini sebenarnya tidak sempat disiapkan sepenuhnya. Kira-kira 9 kilometer laluan terowong telah dikorek tetapi hanya sebahagian kecil sahaja bahagian terowong yang telah diperkuat dengan keluli dan konkrit sebelum pihak Nazi terpaksa mengabaikan projek ini setelah diserang musuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sesetengah pihak dan sejarawan berpendapat bahawa kompleks rahsia bawah tanah ini merupakan rancangan untuk mewujudkan pusat pemerintahan Nazi apabila siap sepenuhnya. Sementara itu, ada juga yang berpendapat ia hanyalah kilang penghasilan senjata api tentera Nazi.

Jawapan kepada serangan udara tentera Bersekutu

nazi projek riese

Pembinaannya dimulakan seawal tahun 1943 sebagai usaha mempertahankan diri akibat pertambahan serangan udara daripada tentera Bersekutu. Terdapat beberapa sumber sejarah dari Jerman yang mengatakan apabila siap, keseluruhan kawasan ini akan mempunyai keluasan 35 kilometer persegi.

Selain itu, kawasan ini juga dirancang sebagai kawasan perlindungan bagi orang-orang atasan Nazi serta dijadikan sebagai pusat penempatan pelbagai kemudahan dan fasiliti.

Kawasan pergunungan ini dipilih memandangkan ianya terdiri daripada batuan keras yang dipercayai sangat kukuh untuk untuk menjadi pelindung daripada serangan udara oleh tentera Bersekutu. Walau bagaimanapun, strukturnya yang berbatu ini turut menyebabkan proses mengorek terowong menjadi begitu sukar dan perlahan.

Menggunakan buruh kasar daripada kem tahanan

kilang senjata nazi

Bagi merealisasikan projek mega dan berskala besar ini, buruh-buruh kasar daripada kem-kem tahanan di Soviet Union dan Poland telah dikerah. Keadaan mereka digambarkan sangat menyedihkan kerana terpaksa bekerja dalam kelaparan dan bekerja dalam keadaan berisiko tinggi.

Selain itu, kadar kematian juga dilaporkan sangat tinggi kerana pelbagai penyakit, kurang nutrisi, keletihan melampau, kerja bawah tanah yang berisiko tinggi dan layanan kejam oleh tentera Jerman.

Terdapat sumber yang mengatakan sebanyak 13 ribu tahanan telah digunakan dalam pembinaan projek ini. Daripada jumlah ini, dianggarkan sekitar 5000 orang telah terkorban dalam pembinaan projek ini.

Tinggalan Projek Riese yang ada pada masa kini

projek riese pelancongan

Pada masa kini, sebanyak 7 kawasan perlindungan dan jaringan terowong yang telah ditemui di kawasan pergunungan ini yang dibina melalui Projek Riese. Kesemuanya mempunyai rekabentuk yang sama.

Sementara itu, 3 daripadanya kini diuruskan oleh syarikat swasta dan persendirian dimana ianya boleh dilawati oleh pelancong. Mungkin ramai pembaca yang menyangka bahawa terowong yang dikorek tidaklah terlalu besar.

Namun, apabila melihat sendiri keadaan disini, barulah anda akan sedar betapa besarnya projek jaringan terowong rahsia pihak Nazi ini. Mungkin sebab itulah projek ini diberi nama "Riese" yang membawa maksud besar. Gambar di bawah merupakan saiz sebenar terowong ini yang dibandingkan dengan sebuah kereta.

saiz terowong projek riese

Kredit:

  1. BBC News
  2. Wikipedia
  3. The Register



Hakcipta iluminasi.com (2017)