sistem kereta api metro paling besar di dunia

Antara pengangkutan yang paling terkenal dan sibuk di dunia, adalah kereta api atau metro, yang digunakan oleh berbilion-bilion penumpang di seluruh dunia. Ia boleh dikatakan sebagai nadi penggerak di sesebuah bandar besar.

Tanpa sistem metro, sesebuah bandar itu tidak akan digelar sebagai maju. Jika di Malaysia, kita mempunyai sistem metro yang dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu atau KTM yang beroperasi sejak tahun 1885.

Terdapat sistem metro yang paling panjang di dunia, ada yang paling cantik di dunia, serta ada yang paling laju di dunia. Namun, iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai 5 sistem metro paling besar di dunia.

5. London Underground - London, England

london underground sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia 513

Juga dikenali sebagai London Tube, stesen ini tak lain tak bukan terletak di kota London. Stesen ini dirasmikan sebagai "kereta api bawah tanah" pertama di dunia pada tahun 1863.

Kemudian, saluran elektrik pertama telah dibuka pada tahun 1890 menjadikannya sebagai stesen metro pertama di seluruh dunia.

london underground sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia 2

London Tube mempunyai 270 stesen yang besar dan juga menjadi stesen ketiga terpanjang di dunia, dengan jarak kira-kira 402 kilometer.

Setiap tahun, rangkaian kereta api ini digunakan oleh lebih daripada 1.2 bilion penumpang.

4. Seoul Subway - Seoul, Korea Selatan

seoul subway sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia

Dengan jumlah stesen sebanyak 296 buah, Seoul Subway yang terletak di Seoul, Korea Selatan adalah rangkaian kereta api ke-4 terbesar di dunia. Ia dibuka pada tahun 1974, setelah berpuluh-puluh tahun rangkaian stesen kereta api lain dibuka.

Seoul Subway merupakan stesen metro ke-2 paling sibuk di dunia, dengan pengguna kira-kira 2.5 bilion orang setiap tahun. Jumlah jarak panjang stesen metro ini adalah sejauh 327 kilometer.

3. Madrid Metro - Madrid, Sepanyol

madrid metro sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia

Madrid Metro yang terletak di Madrid, Sepanyol mempunyai 300 buah stesen, jumlah yang sma di miliki dengan rangkaian kereta api di Perancis.

Namun, dari segi jarak, Madrid Metro lebih panjang, merangkumi 293 kilometer.

madrid metro sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia 2

Walaupun stesen yang dibuka pada tahun 1919 ini adalah yang ke-3 terbesar di dunia, namun ia tidaklah terlalu sibuk.

Ia hanya memberi perkhidmatan kepada kira-kira 500 juta penumpang setiap tahun yang mana jumlah yang paling sedikit jika dibandingkan dengan stesen-stesen lain dalam senarai ini.

2.  Paris M├ętro - Paris, Perancis

paris m tro sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia

Bandar yang paling romantis di dunia ini juga merupakan lokasi kepada sistem kereta api ke-2 terbesar di dunia, iaitu Paris Metro. Dibuka pada tahun 1900, Paris Metro juga merupakan sistem metro ke-5 paling tua di dunia.

paris m tro sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia 2

Stesen metro ini merangkumi jarak sepanjang 214 kilometer dengan jumlah stesen sebanyak 303 buah dan menjadi pengangkutan utama bagi kira-kira 1.5 bilion penumpang setiap tahun.

1. New York City Subway - New York City, Amerika Syarikat

new york city subway sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia

Dan sistem metro yang paling besar di seluruh dunia dan juga yang ke-8 tertua di dunia, adalah New York City Subway yang terletak di New York, Amerika Syarikat.

Jumlah panjang jarak stesen metro ini adalah sejauh 373 kilometer menjadikannya sistem metro ke-4 terpanjang di dunia.

new york city subway sistem kereta api bawah tanah paling besar di dunia 2

Ia mempunyai 421 buah stesen yang dibuka pada tahun 1904 dan digunakan oleh lebih 1.7 bilion pengguna setiap tahun.


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)