Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: tonton.com.my

Baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan senarai 30 buah lagu yang didakwa sebagai senarai penuh lagu yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Nurul Huda Khalid selaku penerbit eksekutif rancangan carta hiburan berbentuk pertandingan itu dan berharap peminat tidak mudah mempercayai apa yang dikongsikan oleh blog tersebut.

Buat masa sekarang undian kepada setiap lagu yang terdapat dalam carta masih dibuka. Jadi tidak logik jika kami sudah mempunyai senarai akhir. Senarai penuh lagu bakal diumumkan pada pertengahan Oktober ini.


Kalau nak tahu, senarai yang dikongsikan itu antara lagu yang pernah dan masih berada dalam carta Muzik Muzik 32. Disebabkan itu peminat jangan mudah percaya dan menaruh harapan tinggi.

Tambahnya, format pemarkahan bagi menentukan samada sesebuah lagu itu layak untuk mara ke peringkat separuh akhir juga masih tidak berubah.

Selain undian carta, terdapat 5 buah lagu yang dipilih secara 'wild card' menerusi Showcase Muzik Muzik 32.

Untuk tahun ini kita ada lima kali showcase. Setiap showcase mempertandingkan lima lagu dan satu lagu terbaik dipilih secara 'wild card' bagi melayakkannya terus ke peringkat separuh akhir.


Setakat ini kita sudah ada tiga lagu yang layak iaitu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli, Lebih Sempurna (Syamel) dan Warkah Untukku (Ara Johari).

Walaubagaimanapun, 4 lagu lain yang dipersembahkan pada Showcase Muzik Muzik 32 itu tidak dijamin mendapat tempat di peringkat separuh akhir.

Untuk pengetahuan, Muzik Muzik 32 dihoskan oleh pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad yang keudara secara langsung setiap hari Isnin pukul 11 malam di TV3.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)