sejati lagu terbaik minggu pertama separuh akhir muzik muzik 1

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 32

Minggu pertama separuh akhir Muzik-Muzik 32 menyaksikan lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan berjudul Sejati dinobatkan sebagai lagu terbaik.

Sejati adalah nyanyian asal Faizal Tahir, namun dibawakan penyanyi Azmi Caliph Busker dalam persaingan malam itu, seterusnya mendapat tempat di hati juri yang terdiri daripada AG Coco, Eddrie Hashim, Halen Yap, LY, Azmeer, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Bagaimanapun ia tidak bermakna lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 32 yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan kerana akan berhadapan dengan 20 lagi lagu dalam dua pusingan separuh akhir akan datang.

Pertandingan minggu pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu antara lain menampilkan Aisyah nyanyian Projector Band, Bukan Propaganda (Syamsul Yusof dan Mawi), Akhirnya Cinta (Salma), Bayang (Khai Bahar) dan Disana Cinta Disini Rindu (Tajul dan Wany Hasrita).

Tidak ketinggalan Ayda Jebat dengan Mata, Altimet (Amboi), Hazama The Penglipur Lara (Aku Yang Sebenar) dan Haqiem Rusli (Segalanya).

Pentas dihangatkan lagi dengan persembahan penyanyi jemputan, Dayang Nurfaizah menerusi Lelaki Teragung, Ning Baizura dan Jaclyn Victor (Dimana Dimana dan Beribu Sesalan) serta Raihan (Puji-Pujian dan Thank You Allah).

Separuh akhir Muzik Muzik 32 minggu kedua mempertaruhkan lagi 10 lagu bakal berlangsung 5 November depan.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)