Spruce Creek, sebuah bandar yang terletak di Timur Laut Florida dan beberapa batu di selatan Daytona Beach, merupakan salah satu komuniti kediaman paling unik di dunia. Jumlah penduduk disini juga tidak begitu ramai hanya sekitar 5000 orang dan 1300 buah rumah.

Menariknya, bandar ini juga dikenali sebagai kediaman taman udara dimana hampir kesemua rumah disini mempunyai kapal terbang dan hangar peribadi di kediaman mereka. Hangar ini bersambungan dengan landasan penerbangan dan terdapat banyak papan tanda di jalan raya untuk memberi amaran kepada penduduk tentang pesawat keluar dan masuk dari kawasan ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bandar spruce creek

Spruce Creek dahulunya merupakan kawasan pangkalan tentera dan harga sebuah rumah disini sekitar £100,000 bagi sebuah rumah kondo kecil dan boleh mencecah jutaan Pound Sterling bagi rumah banglo yang memiliki hangar peribadi.

Kawasan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan mempunyai pelbagai kemudahan. Terdapat padang golf 18-lubang, beberapa kelab penerbangan, perkhidmatan menyewa pesawat, tempat latihan penerbangan dan kawalan keselamatan 24 jam.

Syurga bagi peminat kapal terbang

syurge peminat kapal terbang

Bagi peminat kapal terbang dan mereka yang hidupnya berkisar di sekitar kapal terbang, Spruce Creek adalah syurga bagi golongan ini. Antara penduduk Spruce Creek yang paling terkenal adalah pelakon dan juruterbang Amerika John Travolta yang tinggal di kawasan komuniti ini selama bertahun-tahun.

John Travolta walau bagaimanapun telah dihalau keluar dari kawasan kediaman ini kerana telah menerima banyak aduan dari penghuni disini yang melaporkan kebisingan melampau yang dihasilkan oleh pesawat Boeing 707-nya, bekas pesawat milik Quantas Airline yang dimiliki oleh Frank Sinatra, dan kerana pesawat miliknya terlalu besar untuk landasan di Spruce Creek.

Selain daripada pesawat Boeing, disini anda juga boleh melihat pelbagai koleksi pesawat Cessnas dan Pipers, Mustang P-51, beberapa L-39 Albatros, Eclipse 500, Fouga Magister dan juga jet pejuang MiG-15 dari Rusia. Selain daripada kapal terbang, adalah menjadi kebiasaan untuk melihat deretan kereta dan motosikal mewah di kawasan ini antaranya Lamborghinis, Corvettes, dan Porshe.

Minat yang mendalam terhadap penerbangan

saturday morning gaggle

Saturday Morning Gaggle

Kerana jumlah penduduk yang tidak begitu ramai, penduduk disini begitu rapat antara satu sama lain. Kebanyakan penduduknya adalah juruterbang profesional maka setiap pertuturan dan perbincangan mereka biasanya berkisarkan mengenai aktiviti penerbangan. 

Selain itu, ada juga yang bekerja sebagai doktor, peguam, juruterbang dan pelbagai kerjaya profesional yang lain. Namun, apa yang membuatkan mereka memilih untuk hidup di Spruce Creek adalah kerana minat yang begitu mendalam terhadap dunia penerbangan.

Penduduk disini juga biasanya mengadakan aktiviti keraian pada setiap hari Sabtu hujung minggu. Setiap pagi Sabtu, sebahagian mereka akan berkumpul dan berlepas ke salah satu lapangan terbang tempatan untuk sarapan pagi, satu tradisi yang mereka gelar Saturday Morning Gaggle.

Kesan peninggalan Perang Dunia Kedua

spruce creek perang dunia kedua

Spruce Creek bukanlah satu-satunya kawasan komuniti dengan konsep sebegini. Konsep perumahan dengan kemudahan landasan penerbangan ini sebenarnya sudah wujud selepas Perang Dunia Kedua lagi. Ketika itu di Amerika Syarikat terdapat terlalu banyak juruterbang dan landasan penerbangan yang dibina ketika zaman peperangan.

Bagi memanfaatkan kemudahan yang sudah sedia ada ini, pihak Civil Aeronautics Administration telah mencadangkan pembinaan 6000 kawasan perumahan dengan konsep sebegini di keseluruhan Amerika Syarikat.

Walaupun idea itu tidak menjadi realiti sepenuhnya, ia telah menarik minat beberapa pihak yang sanggup melakukan pelaburan besar membina kawasan perumahan yang mempunyai landasan penerbangan persendirian seperti di Spruce Creek.

Kini, terdapat kira-kira 600 buah pusat perumahan atau komuniti di seluruh Amerika Syarikat yang berkonsepkan rumah seperti di Spruce Creek dimana kebanyakannya tertumpu di negeri seperti Arizona, Colorado, Florida, Texas dan Washington. Namun, Spruce Creek merupakan kawasan perumahan terbesar di Amerika Syarikat dengan konsep sebegini.

Kredit:

  1. Express UK
  2. Wired
  3. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)