lionel messi barcelona 217

Anda mungkin digelar sebagai katak di bawah tempurung jika tidak mengenali siapa Lionel Messi.

Beliau adalah antara salah seorang pemain bola sepak paling hebat dalam sejarah bola sepak, selain daripada memenangi paling banyak anugerah Ballon d'Or.

Namun, ramai orang tidak mengetahui bahawa pesawat dilarang terbang di atas kawasan di mana terletaknya rumah kapten Barcelona, Lionel Messi dan laporan terbaru telah menjelaskan mengapa.

Pada Mac 2018, syarikat penerbangan Sepanyol, Vueling telah terlibat dalam satu pertikaian dengan para peminat bintang bola sepak Argentina ini selepas presiden syarikat penerbangan itu, Javier Prieto membuat kenyataan dalam sebuah wawancara bahawa pesawat tidak dibenarkan terbang di atas rumah Messi di El Prat, Barcelona.

rumah lionel messi

Menurut Javier Prieto, disebabkan hal itu, lapangan terbang El Prat tidak boleh berkembang.

Javier Prieto sibuk menjelaskan mengapa rancangan untuk memperluaskan ke lapangan terbang El Prat di Barcelona telah ditangguhkan dan berkata dengan santai:

"Kerana pesawat tidak dibenarkan terbang di atas rumah Leo Messi, sesuatu yang mana tidak pernah berlaku di mana-mana di dunia,".

Komen itu menyebabkan banyak reaksi negatif di media sosial terhadap Vueling dan syarikat penerbangan itu terpaksa membuat permintaan maaf kepada pemain bola sepak tersebut, serta sesiapa sahaja yang mungkin terluka dengan kenyataan Javier Prieto.

 javier prieto presiden vueling

(Javier Prieto, Presiden Vueling)

Ramai orang di media sosial mula mempersoalkan mengapa rumah Lionel Messi yang terletak di El Prat, Barcelona merupakan zon larangan terbang.

Dan selepas 19 bulan, barulah majalah sepanyol iaitu AS, menerbitkan laporan yang menjelaskan mengapa pesawat tidak dibenarkan terbang di atas rumah Messi.

Sebenarnya, kapten Barcelona ini tinggal di perbandaran Gavà yang terletak kira-kira 25 kilometer di luar Barcelona.

Ia juga terletak di dalam Parque Natural del Garraf, kawasan yang dilindungi di bawah undang-undang alam sekitar Sepanyol serta mengandungi flora dan fauna yang terancam.

parque natural del garraf

(Parque Natural del Garraf)

Jadi, pesawat yang tiba dan meninggalkan El Prat harus membuat lencongan kecil ke Mediterranean untuk memintas daripada melalui kawasan itu.

Ini juga menjawab persoalan bagi sesiapa yang pernah terbang ke Barcelona dan tertanya-tanya mengapa pesawat yang dinaiki membuat pusingan 180° apabila melalui kawasan ini.

sebab mengapa pesawat tak boleh terbang atas rumah lionel messi

Rujukan:

1. Maravipost

2. AS

3. Be Soccer



Hakcipta iluminasi.com (2017)