Kredit foto: Instagram Joshua Fitton , Instagram Siti Saleha

        

Joshua Fitton merupakan seorang pereka fesyen, artis visual dan bekas arkitek berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

Dia merupakan pengasas jenama fesyen tempatan, Atelier Fitton, yang berpusat di Bangunan Zhongshan, Kuala Lumpur.

Selain fesyen, dia juga berkecimpung dalam seni seramik dan telah mengadakan beberapa pameran seni.

        

Biodata

Nama penuh: Joshua Ismail Fitton

Nama komersial: Joshua Fitton

Umur: 38 tahun (2025)

Tempat lahir: Bath, England

Asal: Melaka

Agama: Islam

Keluarga: Anak sulung dalam kalangan adik beradiknya

Pendidikan: Ijazah Sarjana dalam Seni Bina (Master of Architecture) dari University of Lincoln, United Kingdom

Pekerjaan: Pereka fesyen jenama Atelier Fitton

Instagram (IG): @joshuafitton

       

Latar Belakang

1. Joshua dilahirkan di England dan dibesarkan di sana sehingga usia empat tahun sebelum berpindah ke Melaka bersama keluarganya. Kehidupannya di Melaka dipenuhi suasana kampung yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi, menjadikannya seorang individu yang dekat dengan budaya tempatan.

         

siti saleha cerai siapa profile sam bunkface mix apa isteri baru lama

        

2. Dia merupakan anak sulung kepada Jim Fitton (bapa), seorang bekas ahli geologi yang berasal dari England dan kini menetap secara tetap di Malaysia, serta Sarijah Fitton (ibu), seorang wanita Melayu.

        

joshua fitton islam

        

3. Dia mendapat pendidikan dalam bidang seni bina dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Seni Bina (Master of Architecture) dari University of Lincoln, United Kingdom pada tahun 2012. Sekembalinya ke Malaysia, dia bekerja dalam industri seni bina selama tiga tahun sebelum beralih ke bidang fesyen.

4. Minat Joshua dalam fesyen bermula apabila dia melancarkan koleksi T-shirt yang dinamakan Tempatan. Jenama ini mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat fesyen, khususnya golongan muda.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam fesyen, dia mempelajari selok-belok industri ini melalui pembacaan, kajian sendiri, serta bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman.

        

joshua fitton umur

        

5. Ketika sedang mengembangkan jenama 'Tempatan', dia membuat keputusan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai arkitek kerana berasakan bidang itu tidak memberikan kebebasan dalam berkarya. Dia mencari medium lain yang lebih kreatif dan fesyen menjadi pilihan utama.

        

joshua fitton age

        

6. Selepas berjaya memperkenalkan Tempatan dan Tempatan Black, Joshua melancarkan Atelier Fitton pada tahun 2013, sebuah jenama pakaian lelaki berkonsep bespoke yang menampilkan elemen Inggeris dan tradisional, sejajar dengan latar belakangnya sebagai seorang yang mempunyai darah keturunan British.

7. Atelier Fitton berjaya menempatkan diri dalam industri fesyen Malaysia dan Joshua menjadi antara pereka yang sering membuat kemunculan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week, KLFW) sejak tahun 2013.

8. Selain fesyen, dia juga aktif dalam bidang seni, iaitu seramik. Minatnya dalam seramik telah lama, namun hanya pada tahun 2019 dia mendalami bidang ini dengan mempelajari teknik raku daripada seorang pakar seramik.

Pada tahun 2022, dia mengadakan pameran solo pertamanya bertajuk What Dreams May Come di The Back Room, Kuala Lumpur, di mana dia mempamerkan 100 biji telur seramik hasil karyanya.

9. Pada tahun 2023, dia dianugerahkan Tiger Uncage Fund untuk mencipta arca besar daripada serpihan porselin yang kemudiannya dipamerkan di APW Bangsar, Kuala Lumpur.

        

joshua fitton agama

         

10. Pada 2024, Joshua merupakan salah seorang artis yang terlibat dalam pameran 1000 Tiny Artworks by Artists of SEA di The Back Room, Kuala Lumpur. Pameran solo keduanya, Shadows in Time, turut mendapat perhatian dalam dunia seni tempatan.

         

joshua fitton wikipedia

        

Fakta Menarik

1. Dia merupakan individu yang sangat menghargai budaya Malaysia walaupun mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Dia banyak terinspirasi oleh unsur-unsur budaya tempatan dalam rekaannya.

2. Bapanya merupakan pemastautin tetap Malaysia dan telah menetap di Malaysia selama 40 tahun.

        

joshua fitton bangsa

        

3. Pada Disember 2022, dia menjadi perhatian media apabila pelakon terkenal, Siti Saleha, secara terbuka memperkenalkannya sebagai teman lelaki. Pasangan ini kemudian mengumumkan mengikat tali pertunangan pada November 2024. Sebelum ini, Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lut Azhar pada 28 Julai 2017, namun bercerai pada 17 Januari 2022. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan anak.

3. Siti Saleha mengakui dia tertarik dengan keperibadian Joshua kerana sifatnya yang baik. Sepanjang persahabatan mereka, aktres itu berasa hubungan mereka adalah hubungan yang sihat. Secara kebetulan, Siti Saleha juga berkawan baik dengan adik Joshua.

        

siti saleha kahwin

       

4. Sebelum berkahwin dengan Siti Saleha, Joshua berstatus bujang dan tidak mempunyai anak.

5. Joshua mempunyai seorang adik perempuan, Leila Louise Fitton, yang pernah membintangi filem Crazy Rich Asians.

        

Baca: Biodata Pelakon Siti Saleha

         

Foto

joshua fitton religion

joshua fitton

suami siti saleha

siti saleha kahwin baru

joshua fitton agama apa

siti saleha 85214 472

Kredit foto: Instagram Joshua Fitton , Instagram Siti Saleha

         

Sumber:

1. Pereka menswear Malaysia: Joshua Fitton

2. The Back Room - Alternative space for intimate exhibition

3. A broken and beautiful world of shards, symbols and memories

4. Sartorial flair

5. Joshua Fitton Bertunang Bersama Siti Saleha

6. Siti Saleha Nikah Dalam Masa Terdekat?

7. Terpancar wajah bahagia, Siti Saleha mengaku sudah bertunang dengan Joshua Fitton

8. Saleha nafi nikah pereka fesyen dalam masa terdekat

9. Kurang sebulan nak menikah, Siti Saleha tetap gementar

10. Ya, kami akan berkahwin, persiapan sudah 60 peratus – Siti Saleha

11. Postcard from Zaharah: 'I hope Malaysia can help my dad held in iraq'

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)