Oleh pada 08 Sep 2017 kategori

Kredit foto: english.astroawani.com

Tindakan drastik penyanyi Siti Saerah Tarudin membuka hijab mencetuskan kontroversi di kalangan peminat industri hiburan.

Keputusan yang dibuat penyanyi itu pada awal tahun lalu adalah susulan dirinya yang enggan dibelenggu dengan sikap hipokrit.

Bagaimanapun, Saerah berkata, dia kini lebih terbuka dengan sebarang kritikan netizen selepas nekad membuat tindakan mengejutkan itu.

Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung. Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka. Saya bukanlah manusia yang sempurna cuma harapan saya peminat dapat mendoakan yang terbaik.
Sumber: Mstar

Saerah membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media Karnival KLxtravaganza yang berlangsung di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hero Wayang itu mendedahkan dirinya sudah memiliki teman istimewa selepas tiga tahun bercerai.

Jejaka yang dikenali sebagai Shahidan Johari, 30, itu adalah teman lamanya. Hubungan mereka bertaut kembali pada tahun lalu, sebelum bertambah akrab.

Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin. Sebagai wanita semestinya saya mahukan seorang lelaki bergelar suami tapi semuanya bergantung pada jodoh dan takdir, lagi cepat lagi bagus.
Sumber: Mstar

Menyentuh perkembangan kerjaya seninya pula, adik kepada penyanyi Siti Nurhaliza itu baru sahaja terbit dengan single terbaru berjudul Hanya Restu.

Lagu ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya menjadi pertaruhan Saerah dengan harapan karier nyanyiannya mendapat sokongan daripada peminat muzik tempatan.

Peminat mahu saya membuat kemunculan semula dan rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali semula ke dalam industri. Insya-Allah, 16 September ini saya akan memperdengarkan lagu terbaharu saya ini di Karnival KLxtravaganza yang akan diadakan di Taman Danau Kota.
Sumber: Mstar 



Hakcipta iluminasi.com (2017)