Kredit foto: Instagram Rossa
Umum sedia maklum akan hubungan yang terjalin antara dua penyanyi gergasi Indonesia, Rossa dan Afgan. Mereka sering dilihat bersama dan tidak takut mempamerkan kemesraan hubungan tersebut kepada umum.
Rossa ketika ditemui tidak menafikan hubungannya bersama penyanyi muda itu adalah rapat.
Namun dia menolak untuk mengulas lanjut akan sejauh mana status hubungan tersebut.
Kredit foto: Instagram Rossa
Apa yang boleh saya katakan hubungan saya dengan Afgan memang rapat, sejak dulu lagi. Soal cinta dan selebihnya itu saya tidak mahu komen. Saya tidak mahu cakap mengenai soal peribadi.
Sumber: Astro Gempak
Rossa membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Portal Pretty Suci yang berlangsung di Shangri La, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Hey Ladies itu baru sahaja pulang daripada sebuah percutian di Turki bersama Afgan.
Kredit foto: wowkeren.com
Sebenarnya saya ke sana untuk photoshoot sebagai duta sebuah travel agent. Tapi bila Afgan tahu saya mahu ke sana dia sendiri beritahu ingin ikut saya dan sekaligus bercuti. Dia hanya menemani saya sahaja.
Sumber: Astro Gempak