Oleh pada 19 May 2017 kategori

Kredit foto: Utusan Online

Penyanyi Elyana mendedahkan dia bercadang untuk mengambil anak angkat berikutan tidak boleh hamil disebabkan beberapa faktor akibat mengalami keguguran pada tahun lepas.

Menurut Elyana lagi, dia sebolehnya mahukan bayi tersebut datang dari keluarga yang susah dan kurang berkemampuan.

Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat. Namun selepas keguguran tahun lalu, saya tidak boleh hamil atas sebab-sebab tertentu. Jadi saya berhasrat untuk mengambil anak angkat dan sekarang sedang mencari.


Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka. Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima. Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih dari satu.

Untuk pengetahuan, Elyana berkahwin dengan suaminya, Khairul Anuar Husin pada November 2010 dan mendapat seorang anak perempuan bernama Cinta Summayah yang kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber: astrogempak.com.my & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)