Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza & Instagram Wany Hasrita

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menganggap Wany Hasrita mampu bergelar penyanyi serba boleh sekiranya beliau terus fokus menyanyikan lagu berirama Malaysia serta genre lain.

Siti, 39, menyifatkan penyanyi muda itu umpama dirinya sewaktu mula menceburkan diri dalam dunia muzik, di mana pada ketika itu beliau gemar bereksperimen dengan beberapa genre.

“€Saya sudah beberapa kali dengar lagu nyanyiannya dan apa boleh dikatakan, lenggok irama Malaysia dia bagus. Saya puji usaha yang dibawa Wany sebagai anak muda.

“€Apatah lagi sekarang tidak ramai penyanyi berani muncul dengan single irama Malaysia.

"Apa dibuat Wany sekarang, sama ketika saya mula berkecimpung dalam bidang nyanyian yang mana mencuba pelbagai genre lagu termasuk irama ini.

“€Jadi, saya berasakan Wany boleh pergi jauh dan menjadi penyanyi serba-boleh. Paling penting jangan berhenti berusaha,”€ katanya kepada Harian Metro.

Siti berkata demikian sebagai merujuk kepada usaha Wany memartabatkan irama Malaysia menerusi single terbaharunya, Ewah Ewah.

Sementara itu, Siti berharap pihak stesen radio sudi memberikan sokongan terhadap penyanyi tempatan yang bersemangat ingin mengembalikan kegemilangan genre itu.

Demi memajukan seni muzik negara, penyanyi Comel Pipi Merah ini memohon agar tiada unsur diskriminasi lagu untuk diketengahkan kepada pendengar.

siti nurhaliza komen nyanyian wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

“Usaha seperti itu tidak akan berhasil tanpa adanya sokongan pihak lain seperti stesen radio. Kalau boleh lagu irama Malaysia turut diputarkan di stesen radio popular lain.

“€Bagi saya, jangan diskriminasikan lagu tempatan. Beri peluang sama rata kepada semua penyanyi. Namun, tidak nafikan perkara ini berlaku kerana saya pernah melaluinya.

“€Jadi, pesan saya kepada Wany dan penyanyi baru lain kena teruskan berusaha lagi. Jangan putus asa,”€ katanya.

Untuk rekod, Siti pernah menghasilkan beberapa album studio berkonsepkan irama tradisional dan antara rangkaian lagunya yang dikenali seperti Cindai, Balqis, Ya Maulai dan Nirmala.




Hakcipta iluminasi.com (2017)