Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Juara Gegar Vaganza Musim Kedua, Siti Nordiana Alias atau nama timangannya, Nana memberitahu beliau kini dalam persiapan untuk mengeluarkan sebuah buku biografi.

Buku yang akan mendedahkan kehidupan peribadinya sepanjang bergelar anak seni itu sudah dua tahun dalam proses persiapan dan pengumpulan material. 

siti nordiana bakal terbitkan buku 2

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Semuanya masih dalam proses dan perancangan lagi. Sudah dua tahun proses tersebut berjalan dan buku tersebut masih belum disiapkan lagi. Saya tidak mahu mengambil langkah tergesa-gesa untuk menerbitkan sebuah buku. Bagi saya, biarlah apa yang terkandung dalam buku itu nanti menjadi sebuah naskah yang berkualiti apabila dibaca kelak. Saya tak mahu mengeluarkan buku yang ala kadar sahaja.

Sumber: Astro Gempak

Dalam perkembangan lain, Nana juga akan muncul dengan rangkaian perniagaan baru selepas memasarkan jenama hijab NanaRayyan sebelum ini. 

Alhamdulillah, jenama hijab milik saya mendapat sambutan hangat. Selepas ini, saya bakal muncul pula dengan rangkaian gincu untuk wanita. Rangkaian gincu itu akan diberi nama SND Lipstick.

Sumber: Astro Gempak

Bagi yang merindui kemunculan Siti Nordiana di kaca televisyen, selepas muncul sebagai pelakon, Sabtu ini bakal menyaksikan beliau buat pertama kalinya mengendalikan rancangan Gema Gegar Vaganza (GGV) sebagai hos. Rancangan realiti televisyen yang bercorakkan pertandingan nyanyian Islamik tersebut bakal bersiaran di Astro Oasis dan Astro Maya HD jam 9.00 malam. 

siti nordiana bakal terbitkan buku 3

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana




Hakcipta iluminasi.com (2017)