Oleh pada 10 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Baru-baru ini sebuah ruangan akhbar terbitan Ahad lalu mendakwa penyanyi Siti Nordiana sebagai artis yang  tidak berdisiplin. 

Menurut gosip tersebut, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana menimbulkan masalah apabila tiba lewat ke sebuah lokasi penggambaran. Malah penyanyi itu turut meminta pengacara program berkenaan untuk mendahulukan temubualnya kerana ingin segera meninggalkan lokasi. Permintaan Nana dikatakan telah menimbulkan kemarahan kru dan pengacara tersebut. 

Bagaimanapun Nana tampil menafikan dakwaan yang tersebar. 

siti nordiana nafi timbul masalah disiplin 2

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar. Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi. Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam.

Sumber: Mstar

Jelas Nana lagi, dia terkilan kerana gosip itu secara tidak langsung memberi impak negatif kepada kerjaya seninya. Namun dia memohon maaf sekiranya telah menyinggung hati mana-mana pihak. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)