khai bahar tunggu siti nordiana dedah punca tak masuk big stage 1

Kredit foto: Instagram Khai Bahar & Instagram Siti Nordiana

Meluahkan keinginannya untuk berduet dengan Siti Nordiana, penyanyi Khai Bahar akui belum puas selagi impian disimpan itu tidak tercapai.

Selepas penerbitan lagu duet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Khai akui sedang menunggu masa sesuai sebelum berpeluang melangkah ke studio rakaman bersama juara Gegar Vaganza musim kedua itu.

Beliau yang menjadikan Nana sebagai penyanyi pujaan, mendedahkan wanita itu adalah artis pertama diimpikan untuk rakaman lagu secara bersama.

khai bahar tunggu siti nordiana dedah punca tak masuk big stage 2

Kredit foto: Instagram Khai Bahar

“Sudah lama saya menyimpan impian berkenaan, tetapi nampaknya rezeki berduet dengan Datuk Seri Siti menerusi lagu Cinta Syurga yang terlebih dulu menjelma. Lagipun, sebelum ini lagu duet bersama Kak Nana belum siap.

“Namun, sekarang lagunya sudah ada. Kami memilih genre pop balada untuk tujuan berkenaan, seperti diinginkan ramai peminat. Cuma, sekarang kami sedang menunggu liriknya disiapkan.

“Kak Nana sendiri sedia maklum dengan perancangan duet ini dan saya berharap, hajat saya akan kesampaian,” katanya kepada BH Online.

Khai membuat kenyataan sewaktu menghadiri Showcase Muzik Muzik 33 di ibu kota pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai punca ketiadaannya dalam program realiti Big Stage, Khai menafikan dia 'besar kepala' hingga enggan bertanding dalam pertandingan yang meletakkan barisan penyanyi-penyanyi muda sebagai peserta itu.

Sebaliknya, beliau berkata, dia mempunyai tuntutan jadual kerja yang padat untuk dipenuhi.

“Sekarang saya sibuk menjayakan program bersama Toyota yang menghulurkan tawaran sejak tahun lalu. Berikutan komitmen saya bersama mereka sehingga April tahun depan, jadi saya tidak dapat memenuhi tawaran menyertai program itu.

“Ia berkaitan soal jadual. Kalau saya tidak mampu memberikan komitmen, risau pula ia akan menimbulkan masalah. Jadi, ia bukannya soal saya besar kepala, jangan salah faham,” katanya.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)