Oleh pada 08 Oct 2017 kategori

Sumber foto: Youtube New Trailer Buzz

Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) dan perkhidmatan penstriman popular tempatan, Tonton telah berkerjasama dengan pihak Disney untuk membawakan siri televisyen genre aksi Marvel, Inhumans ke Malaysia bermula 8 Oktober ini.

RTMP merupakan saluran televisyen percuma paling terkenal di Malaysia yang berada di bawah naungan syarikat Media Prima Berhad (MPB).

Sehingga kini, RTMP mampu mempertahankan kedudukannya sebagai siaran percuma nombor satu negara yang menyediakan kandungan menarik serta berjaya meraih rating tontonan paling tinggi.

Menerusi kenyataan Sherina Mohamed Nordin selaku Pengarah Jenama, Kandungan dan Strategi RTMP, kerjasama dengan Disney adalah selari dengan misi rangkaian televisyen berkenaan dalam menyajikan program berkualiti kepada penonton setianya.

Inhumans merupakan siri televisyen baru berkisahkan tentang sekumpulan adiwira yang memencilkan diri dalam usaha mereka untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Ia dibintangi oleh Anson Mount, Serinda Swan, Ken Leung, Eme Ikwuakor, Isabelle Cornish, Ellen Woglom dan ramai lagi pelakon berwibawa.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)