Sepanjang sejarah, singa telah menjadi simbol kuasa dan keberanian. Walaupun ia bukanlah pemangsa yang paling besar, kuat dan tangkas namun hati sang singa yang tersangat besar tak dapat dibanding dan meletakkannya dalam kelas yang tersendiri.

Dengan rupa yang sangat tersendiri, singa jantan sangat mudah dikenali disebabkan oleh "rambutnya" yang menutup sebahagian daripada tubuh badannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, singa juga memperoleh gelaran tersendiri iaitu "King of Beasts" atau Raja Rimba.

Dalam dunia haiwan, kebanyakan haiwan jantan akan bertarung dengan jantan lain dalam spesis yang sama dan juga pemangsa yang lain, namun ia bukanlah peranan utama dalam hidup haiwan.

singa pemburu yang agak handal

Peranan utama singa jantan dalam kehidupan adalah untuk melindungi kebanggaannya dengan bertarung. Dari masa ke masa, alam semula jadi telah mengevolusikan singa sebagai pahlawan terulung yang tiada tandingan.

Singa telah berubah menjadi haiwan yang mampu menahan kesakitan dengan begitu dahsyat ketika bertarung. Rambutnya membantu menjadi perisai yang melindungi bahagian leher yang sangat mudah untuk diserang.

Namun, apa yang membuatkan singa lebih dipandang tinggi adalah haiwan ini tidak akan pernah menyerah kalah dalam sesuatu pertarungan tak kiralah banyak mana lawannya dan akan melindungi kebanggannya sehingga ke saat akhir.

Tubuh badan dan rambut singa membolehkan haiwan ini menahan serangan yang kuat dengan kesan yang minima. Salah tanggapan yang paling biasa ialah singa jantan sangat pemalas dan tak mampu memburu untuk diri sendiri.

singa lebih hebat daripada harimau

Ini adalah tidak benar kerana singa boleh mengambil masa sehingga 2 tahun sebelum menyertai sesebuah kumpulan singa lain dan bermakna ia memburu sendirian sebelum itu untuk meneruskan hidup.

Singa adalah pemburu yang sangat hebat apabila diperlukan dan mampu merebahkan haiwan-haiwan lain yang bertubuh sangat besar.

Dan walaupun tidak sehebat harimau dalam berburu dan membunuh mangsa, ia masih mampu melakukan kerjanya.

Dan bagaimana untuk membuktikan bahawa singa adalah pahlawan rimba yang terhebat? Untuk itu, kita harus menganalisa keupayaan bertarung sang singa.

harimau

harimau garang

Dan tak ada haiwan lain yang harus dibandingkan untuk mengetahui spesis mana yang lebih hebat, melainkan harimau.

Ini adalah kerana ramai yang menyangkakan bahawa harimau lebih tangkas dan hebat berbanding singa, disebabkan oleh saiznya yang lebih besar.

Walaupun harimau mungkin bersaiz lebih besar, kuat dan tangkas berbanding singa, namun ia bukanlah pahlawan yang lebih hebat.

Dalam pertarungan antara kedua-dua haiwan ini, singa sering mempunyai kelebihan dan biasanya adalah pemenang. Harimau seolah-olah mempunyai rasa takut semulajadi terhadap singa dan ini telah berlaku sejak beribu-ribu tahun dahulu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)