Oleh pada 25 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @fracment

Persoalan mengenai gerangan wanita di sisi Sufian Suhaimi dalam beberapa keping foto yang tersebar baru-baru ini, terjawab apabila penyanyi itu mendedahkan gadis berkenaan adalah salah seorang saudaranya yang pulang ke kampung pada Aidilfitri baru-baru ini.

Beberapa hari lalu, kecoh kononnya penyanyi Di Matamu ini mempunyai teman wanita baharu apabila beliau tampil bersama gadis berkenaan dalam rakaman gambar yang dikongsi di Instagram seorang jurufoto.

Sufian, 26, bagaimanapun berharap peminat tidak kecewa dengan kehadiran wanita yang dikenali sebagai Natasha Asraff itu.

"Tidaklah bukan kekasih, saudara. Janganlah patah hati okey!" demikian ulasan ringkas Sufian ketika dihubungi portal Mstar Online.

Respon peminat, kononnya mereka patah hati melihat aksi mesra yang menyaksikan Sufian segak berbaju Melayu ungu di samping wanita yang anggun dalam persalinan baju kurung moden berwarna hitam itu.

Sesetengah netizen pula mempersoalkan gaya mesra yang disifatkan keterlaluan sekiranya mereka tidak mempunyai pertalian darah.

siapa wanita di sisi sufian suhaimi terjawab 2

Kredit foto: Instagram @fracment

Terdahulu, Sufian mengikat tali pertunangan dengan aktres Elfira Loy pada 6 Oktober tahun lalu di mana sepatutnya berkahwin pada Mac lalu, sebelum ikatan dua bintang ini akhirnya terlerai pada Februari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)