Oleh pada 30 May 2017 kategori

Kredit foto: malaysianaccess.com 

Umum sedia maklum dengan hubungan baik yang terjalin antara pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi. Namun sejauh mana status hubungan tersebut masih menjadi tanda tanya ramai.

Terbaru, Elfira memaklumkan hubungannya dengan penyanyi lagu Terakhir itu sudahpun mendapat restu daripada ibu bapanya. Malah Sufian sendiri telah bertemu dengan kedua ibu bapa Elfira, termasuk adik-beradik beliau.

Elfira turut mengakui sifat “gentleman” Sufian memikat hatinya untuk terus berkawan dengan jejaka itu.

akhirnya ibu bapa beri restu pada elfira loy dan sufian suhaimi 2

Kredit foto: bm.cari.com.my

Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik – beradik saya sendiri baik dengan Sufian. Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan. Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami.

Sumber: Utusan Mingguan

Bagaimanapun, Elfira masih melabelkan hubungan mereka sebagai sahabat kerana tidak mahu tertekan dengan perhubungan yang dijalinkan.

akhirnya ibu bapa beri restu pada elfira loy dan sufian suhaimi 3

Kredit foto: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)