Oleh pada 30 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Fara Fauzana

Bekas juruhebah radio Hot FM, Fara Fauzana, akui merasa tempias kontroversi yang melanda temannya, aktres Elfira Loy.

Fara atau lebih mesra disapa Fafau ini, bagaimanapun, hanya selesa mengambil pendekatan berkecuali.

"Secara peribadi, saya lebih mengenali Elfira. Dah tentunya, saya memberi sokongan moral kepadanya.

"Tapi, dalam situasi itu, kita ada zon yang kalau boleh 'berilah kami ruang'. Jadi, berilah mereka ruang.

"Tapi sebagai sahabat, jangan pula ruang itu dibiarkan senyap sebaliknya berilah kata-kata semangat," katanya.

Fara diwawancara dalam sesi FB Live bersama Sinar Harian.

Beliau mengulas isu putus tunang pasangan selebriti, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang hangat dibualkan di media sosial.

Pasangan muda ini sepatutnya dijadualkan berkahwin pada 23 Mac selepas mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017.

Berkongsi pendapat, Fara menjelaskan, netizen seharusnya bersikap rasional dengan tidak cepat meletakkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang terlibat.

fara fauzana tampil bersuara isu putus tunang elfira loy sufian suhaimi 2

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

"jadi, saya pun ambil inisiatif dengan memberi mesej kepadanya untuk memberi kata-kata semangat.

"Sebabnya, kita tak perlu menghakimi atas apa yang berlaku sama ada lelaki atau perempuan yang salah.

"Bukan kita untuk melakukan itu (menghukum) tapi sebenarnya lebih kepada memberikan sokongan," katanya.

Lagi pula, apa yang berlaku kepada aktres berkening lebat itu lebih berkisarkan kepada kisah peribadinya.

"Sebenarnya proses ini biasa terjadi kepada masyarakat di luar sana, cumanya status selebriti itu yang buatkan ia jadi lebih 'panas'.

"Jadi, lebih baik kita hanya baca dan ambil iktibar daripadanya," tuturnya.

Jujurnya, kata Fara, dia memahami apa yang sedang dilalui Elfira.

"Orang yang tak melaluinya tak faham. Kakak faham sikitlah (ketawa)," katanya.

Terdahulu, Fara pernah mengalami nasib hampir serupa apabila perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz yang dirancang berlangsung pada 17 September 2016, dibatalkan saat-saat akhir.




Hakcipta iluminasi.com (2017)