Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

kemungkinan jumpa elfira loy ini jawab sufian suhaimi

Kredit foto: Mstar

Penyanyi Sufian Suhaimi akui hubungannya dengan bekas tunang, aktres Elfira Loy masih berjalan dengan baik.

Pada masa sama, Sufian nekad untuk kekal optimis menghadapi ujian getir yang melanda mereka sebelum ini.

“€Masih ada tertinggal sedikit rasa sedih itu. Bagaimanapun saya sudah kembali tenang dan menerima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.

“€Segala urusan mengenai hal itu pun diselesaikan dengan cara baik. Tiada dendam dan yang pasti saya dengan El (Elfira) masih ok,”€ katanya.

Penyanyi berusia 26 tahun itu enggan berasa canggung jika ditakdirkan bertemu semula dengan Elfira dalam mana-mana acara hiburan.

“€Industri ini kecil dan kebarangkalian berjumpa itu memang tinggi. Kami masing-masing profesional dan perlu meletakkan perkara itu sebagai had antara kami,”€ katanya.

Dalam perkembangan lain, video Sufian menyampaikan lagu baharunya, Di Matamu menduduki kedudukan sepuluh carta teratas Trending Youtube sejak dua hari lalu.

Beliau menganggap ia sebagai suatu petanda yang baik untuk single itu diterima walaupun masih belum dilancarkan.

“€Ia satu perkembangan yang positif meskipun lagu sebenar belum saya lancarkan. Saya bersyukur sambutannya begitu memberangsangkan.

“€Saya memang berharap lagu itu akan pergi jauh dan diterima lebih baik daripada lagu sebelum ini,”€ katanya.

Karya ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu akan dilancarkan pada 23 atau 24 Mac ini yang juga merupakan tarikh Sufian sepatutnya naik pelamin.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)