Oleh pada 25 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @fracment

Gara-gara beberapa keping foto bersama seorang wanita, penyanyi Sufian Suhaimi yang sebelum ini hangat menerusi kisah putus tunang dengan aktres Elfira Loy, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Natasha Asraff.

Spekulasi bermula apabila seorang jurugambar menerusi laman Instagram menggunakan nama @fracment berkongsi foto-foto mereka hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Para pengguna media sosial yang mula menyedari kiriman tersebut rata-rata tidak menyenangi aksi mesra pasangan ini biarpun menyedari penyanyi berkenaan sudah tidak terikat dengan mana-mana wanita buat masa ini.

Dalam ruangan komen posting tersebut, peminat menyatakan rasa cemburu kerana kononnya hati mereka telah dikecewakan Sufian.

sufian suhaimi sudah temui pengganti elfira loy 2

Kredit foto: Instagram @fracment

Terdahulu, penyanyi Di Matamu ini menyambut hari raya Aidilfitri di kampung halamannya di Mersing, Johor.




Hakcipta iluminasi.com (2017)