Oleh pada 24 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Seorang netizen mendakwa isu kewangan dan kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira menjadi punca pertunangan mereka terputus.

Pemilik akaun Instagram @rayzman123 itu mendakwa dia dikhabarkan kisah berkenaan daripada seorang rakannya yang dipercayai kenalan keluarga Elfira.

"Dah dah lah... move on saja lah. Dah mak El tak nak, nak buat macam mana.

"Mak El tak nak bermenantukan orang tidak berduit. Takut anak dia susah nanti walaupun Sufian ada ijazah sarjana. Sufian tak boleh sediakan wang hantaran yang diminta mak El bulan tiga ni.

"Benda tu rahsia antara keluarga tapi di Facebook ada kawan kepada ahli keluarga El pecah lubang. Berapa hantaran tu, rahsia keluarga katanya. Lagipun Sufian tengah belajar, manalah mampu kalau hantaran mahal," tulisnya.

ini punca sebenar elfira loy dan sufian suhaimi putus tunang 2

Kredit foto: Mstar

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam ruangan komen sebuah kiriman yang dimuatnaik di Instagram Mstar Online pada Rabu.

Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui. Malah rata-rata netizen turut mempersoalkan kesahihan kisah yang disampaikan.

Sementara itu, usaha portal Mstar Online untuk mendapatkan pengesahan Sufian dan Elfira juga gagal kerana panggilan tidak berjawab.

Dalam pada itu, menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan Sufian kepada portal Utusan Online memohon agar netizen berhenti membuat spekulasi berhubung isu pertunangannya.

"Saya nak pesan sedikit kepada semua orang (netizen), hentikan segala spekulasi. Ini bukan perkara yang mudah untuk kami semua hadapi. Biarlah hanya kami berdua dan keluarga sahaja yang tahu," katanya.

Pasangan yang bertunang pada 6 Oktober tahun lalu ini sepatutnya merancang berkahwin sekitar Mac ini.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan mereka telah berakhir.

Malah pada Ahad, wakil pihak perempuan tiba di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor untuk memulangkan cincin pertunangan sebagai tanda hubungan itu berakhir secara rasmi mengikut adat.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)