Ultraman Ribut atau nama lainnya di Jepun "Ributto" merupakan pahlawan Ultra dari Planet Nebula M78.

Ia merupakan Ultraman yang sangat unik, dihasilkan melalui kerjasama antara Les' Copaque Productions, pencipta Upin dan Ipin, dan Tsuburaya Productions.

Ultraman Ribut pertama kali muncul dalam episod 25 hingga 27 pada musim ke-8 dan episod 28 hingga 30 pada musim ke-9 Upin dan Ipin, serta membuat penampilan pertamanya di layar dalam Ultra Galaxy Fight: Hero Generasi Baru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Konsep Ultraman Ribut

Ultraman Ribut berkongsi reka bentuknya dengan Ultraman sebelumnya yang lain, tetapi kebanyakannya mengingatkan pada Ultras era Showa.

Dalam penampilan animasinya, rekaannya mempunyai bayangan yang agak cybernetic dan mempunyai reka bentuk mesh gear.

Dia juga merupakan Ultraman pertama yang mempunyai corak palang pada beberapa bahagian badannya yang berwarna merah.

Walau bagaimanapun, butiran kecil ini tidak ada pada sut aksi langsungnya (live-action).

Walaupun berdasarkan Ultraman Showa dari segi reka bentuk, Ultraman Ribut memiliki kristal di tangan dan kakinya, seperti Ultraman yang baru muncul pada ketika itu di Jepun iaitu Ultraman Ginga.

"Ultraman Silat"

ultraman ribut 378

Menurut pengarah mini siri, Kiochi Sakamoto, apa yang membuatkan Ultraman Ribut sangat istimewa adalah gaya bertarungnya yang unik.

Sebagai anggota "Pasukan Penyelamat Galaxy", Ultraman Ribut menggabungkan akrobatik dengan penggunaan teknik seni mempertahankan diri tradisional iaitu Silat yang berakar umbi dalam budaya Asia Tenggara.

Di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gaya dan disiplin silat yang dikatakan terinspirasi oleh sifat dan elemen di sekitarnya, di mana setiap wilayah di seluruh negara mempunyai bentuk dan teknik tersendiri.

"Ultraman Silat" ini membuat penampilan pertama pada tahun 2015 dalam musim istimewa rancangan TV animasi tempatan popular, Upin & Ipin bersama-sama dengan pencipta siri Ultraman - Tsuburaya Productions.

Pada tahun 2019, Ultraman Ribut memasuki aksi langsung Ultraman sebagai watak rasmi memerangi jenayah yang mempertahankan kosmos dari makhluk jahat dan raksasa.

Sejarah Ultraman Ribut

Ultra Galaxy Fight: Absolute Conspiracy

ultra galaxy fight the absolute conspiracy

Satu ketika dahulu, Ultraman Ribut bekerjasama dengan Ultraman Max sebagai Pemerhati Tamadun.

Kedua-dua mereka pergi ke Planet Mikarito untuk menyiasat planet itu yang mengalami penuaan yang tidak normal.

Semasa menjelajahi gua-gua planet ini, kedua-kedua Ultraman ini menemui telur Maga-Orochi dalam keadaan terbuka.

Lebih teruk lagi, seekor raksasa Hellberus muncul dan mula menyerang Ultraman Max dan Ribut, memaksa kedua-dua Ultraman itu bertempur.

Ultraman Ribut dapat mengekang Hellberus dengan Strong Net miliknya, namun tiba-tiba Alien Sran muncul dan menyerang.

Disebabkan ini, pihak lawan memiliki kelebihan dalam kepantasan dan mengatasi Ultraman Ribut serta Ultraman Max lalu mengjangkitinya dengan Sel-Sel Gudis.

Dengan keadaan yang semakin melemah, Maga-Orochi berjaya menangkap Ultraman Max.

Dalam kata-kata terakhirnya sebelum pengsan, Ultraman Max mendesak Ultraman Ribut untuk melarikan diri.

Tanpa melengahkan masa, Ultraman Ribut dengan pantas beredar.

Setibanya di tiba di Nebula M78, Ultraman Ribut melaporkan apa yang berlaku kepada Ultraman Zoffy, Ultraman Taro dan Ultraman Hikari.

Di sana, dia bertemu dengan teman masa kecilnya, Ultraman Sora, yang secara kebetulan kembali ke Nebula M78 pada waktu yang sama dengan Ultraman 80 dan Yullian setelah 80 berjaya memaksa Leugocyte untuk bersembunyi sebentar.

Setelah memberitahu mereka tentang keadaan Ultraman Max yang nazak, Ultraman Ribut diarahkan oleh Ultraman Taro untuk menuju ke Planet K78, sebuah planet yang digunakan sebagai tempat latihan.

Ketika tiba, Ultraman Ribut mendapati bahawa Ultraman Great dan Ultraman Powered sudah bersiap sedia untuk melatihnya.

Mereka harus melatih Ultraman Ribut dalam masa 3 hari sahaja kerana perlu kembali ke Planet Mikarito untuk menyelamatkan Ultraman Max.

Ultraman Great dan Ultraman Powered menasihati Ultraman Ribut untuk menggunakan kekuatan yang terpendam dalam dirinya.

Ultraman Ribut menuruti nasihat itu yang mana membuatkan kedua-dua Ultraman tersebut terkejut dengan kehebatannya.

Setelah latihan Ultraman Ribut selesai, Ultraman Great and Powered memberikan Penghalang Ribut dan Spreader Rod kepada Ultraman Ribut, melihatkan dia sudah bersedia untuk menggunakan kedua-duanya.

Dengan itu, Ribut kembali ke Nebula M78 untuk menerima penawar Gudis dari Ultraman Sora dan kemudiannya kembali ke Planet Mikarito untuk menyelamatkan Ultraman Max.

Ultra Galaxy Fight: Wira Generasi Baru

ultra galaxy fight wira generasi baru

Ultraman Ribut sampai di Planet Liquitor dan menyelamatkan Ragon yang diancam oleh Peguila sebelum membunuhnya dengan Galaxium Blaster.

Dia kemudiannya menerima Ultra Sign dari Ultraman Taro, yang memberitahunya untuk membantu Ultraman Rosso dan Blu yang telah diserang oleh Etelgar.

Ultraman Ribut muncul dan mempertahankan kedua-dua Ultraman itu dengan Blocker Effect nya sebelum kedua-dua mereka dihentam oleh bola kuasa.

Ultraman Ribut kemudiannya memasukkan Etelgar ke dalam Strong Net, dan ketiga-tiga mereka melarikan diri.

Mereka kembali ke Nebula M78 dan Ultraman Ribut menerima satu lagi misi iaitu untuk mencari "seseorang".

Hasil dari maklumat Pasukan Penyelamat Galaxy, Ultraman Ribut menyerang ruang angkasa ajaib.

Dia menghampiri "gergasi biru" dan mendedahkan bahawa dia mengetahui identitinya, iaitu Ultraman Tregear.

Ultraman Ribut kemudiannya cuba untuk menahan Ultraman Tregear, namun tidak berjaya kerana kehebatan Tregear.

Selepas bertarung, Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero Darkness. Ultra Dark-Killer membesar ke saiz gergasi dan mengamuk disebabkan oleh kekuatannya yang meluap.

Ultraman Tregear kemudiannya meninggalkan Ultraman Ribut yang sedang berlawan dengan dua raksasa Red King, sambil berkata bahawa dia akan sekurang-kurangnya "mengingati nama Ultraman Ribut".

Namun, Ultraman Ribut berjaya menewaskan 2 Red King berkenaan.

Profil Ultraman Ribut

ultraman ribut 2

Ketinggian: 50 meter (Upin dan Ipin), 40 meter (Aksi-langsung)

Berat: Mikro hingga infiniti (Upin dan Ipin), 40,000 tan (Aksi-langsung)

Umur: 5,700 tahun

Kelajuan terbangan maksimum: Mach 9

Kelajuan larian maksimum: Mach 3

Kelajuan bawah air maksimum: Mach 2

Kelajuan bawah tanah maksimum: Mach 1.5

Ketinggian lompatan maksimum: 900 m

Kekuatan lengan: 80,000 tan

Kekuatan genggaman: 57,000 tan

Had Masa: 3 minit seperti Ultraman lain

Ciri-ciri badan Ultraman Ribut

siapa ultraman ribut pandai silat melayu

Isyarat pemasa: Pemasa Warna standard, diberi nama yang berbeza.

Ultra Armor: Dari pertempuran dengan Alien Kilat, tubuh Ultraman Ribut telah menunjukkan bahawa ia dapat menahan suhu tinggi dan kalis api serta mungkin laser. Ini kerana tiada kerosakan terbakar setelah terkena pancaran api alien itu.

Kristal G: Kristal biru yang ada di tangan dan kakinya berfungsi mengawal tenaga Galaxium (Gyarakushiumu) di dalam dirinya. Ia digunakan untuk kebanyakan teknik Ultraman Ribut.

Penghalang Ribut: Senjata yang dipakai di lengan kirinya, di atas kristal lengan kirinya, digunakan untuk mendirikan penghalang.

Senjata Ultraman Ribut

Penghalang Ribut: Senjata yang dipakai di lengan kirinya, di atas kristal lengan kirinya, digunakan untuk mendirikan penghalang.

Blocker Effect: Ultraman Ribut dapat membina perisai bulat tenaga biru untuk melindungi dirinya.

Perisai: Penghalang Ribut itu sendiri boleh mengembang dan dijadikan pelindung.

Spreader Rod: Batang tenaga yang dapat digunakan Ultraman Ribut dalam pertempuran.

Teknik-teknik Ultraman Ribut

Galaxium Blaster: Setelah mengecas Galaxium dengan memutar tangannya, Ultraman Ribut menembak tenaga yang dimampatkan sebagai Ultra Beam dalam posisi "L". Ia dapat menghancurkan raksasa dalam satu serangan.

Remote Cutter: Seperti Ultraman asli, Ultraman Ribut dapat menembak cincin tenaga untuk memusnahkan lawannya. Ia boleh berpecah menjadi beberapa bilah kecil.

Ribut Galaksi: Teknik yang digunakan dalam persembahan pentasnya. Dia mengumpulkan seluruh tenaganya dan melepaskannya sekaligus untuk membersihkan langit yang gelap sehingga cahaya matahari dapat sampai ke Bumi sekali lagi. Setelah menggunakan teknik ini, Ultraman Ribut menjadi tersangat letih. 

Strong Net: Ultraman Ribut dapat menembakkan sinar yang dapat memerangkap raksasa di sebuah sfera.

Kilat Cahaya: Kristal Ultraman Ribut iaitu Kristal Galaxium mengecas tenaga dan melepaskan cahaya, menghalau kegelapan.

Letupan Cahaya: Seluruh badan Ultraman Ribut melepaskan cahaya terang, membebaskan dirinya dari kuasa gelap.

Travel Sphere: Ultraman Ribut boleh bergerak dalam bola cahaya.

Rujukan:

1. Ultra Fandom

2. Tsuburaya Production




Hakcipta iluminasi.com (2017)