teknik beladiri paling bahaya

Sejak dari zaman purba, manusia daripada pelbagai latar belakang budaya dan geografi sentiasa bertempur, bertarung dan berperang. Semasa zaman purba, manusia bertarung menggunakan tangan kosong, kayu, batu, tombak dan pelbagai senjata lain lagi untuk mempertahankan diri mereka.

Lama-kelamaan, manusia mula membentuk beberapa seni pertarungan yang merangkumi teknik bertahan dan menyerang yang berbeza. Sesetengah daripada seni ini digunakan untuk mempertahankan diri, manakala sebahagian yang lain pula adalah untuk mematikan pihak lawan. Berikut adalah beberapa bentuk seni mempertahankan diri yang paling kejam, bahaya dan ganas pernah dihasilkan.

9. Bacom - Peru

seni bela diri bacom

Ramai yang mungkin tidak pernah mendengar atau tahu tentang seni bela diri ini. Bacom juga dikenali dengan nama Vacon adalah seni mempertahankan diri hibrid dari Peru yang dibangunkan di kawasan jalanan bandar Lima untuk tentera Peru.

Seni mempertahankan diri Bacom ini direka untuk menumpukan cara menimbulkan kecederaan pada musuh dalam masa yang singkat. Ia juga melibatkan penggunaan senjata rahsia dan tumbukan padu bagi mengganggu keseimbangan lawan.

8. Eskrima - Filipina

Eskrima adalah seni mempertahankan diri tradisional dari negara Filipina yang menumpukan pada penggunaan senjata seperti tongkat, pisau dan juga tangan kosong. Eskrima adalah seni tempur jarak dekat yang melibatkan cara melucutkan senjata, mengunci tangan dan menjatuhkan musuh dengan pantas.

Sesetengah sekolah seni mempertahankan diri mengajarkan teknik tangan kosong sebagai teknik utama. Eskrima moden telah dikembangkan di mana pihak lawan boleh dibunuh dalam beberapa saat sahaja bertempur dengan menumpukan gerak langkah kaki pada kedudukan rendah yang stabil.

7. Rough and Tumble (Gouging) - USA

rough and tumble gouging

Rough and Tumble ini juga dikenali sebagai Gouging dan merupakan satu seni mempertahankan diri dari Amerika Syarikat yang dibangunkan pada abad ke-18. Teknik berlawan Rough and Tumble ini menumpukan kepada mencederakan mata, teknik mematahkan serangan dan menjatuhkan lawan.

Bukan itu sahaja, teknik bertempur Gouging ini juga difokuskan kepada menggigit pihak lawan. Tujuan seni mempertahankan diri ini dihasilkan adalah untuk mencacatkan pihak lawan pada bahagian mata, hidung, telinga dan alat sulit dengan sepantas yang mungkin. Teknik seni mempertahankan diri ini seakan campuran gusti dan juga tinju moden.

6. Ninjutsu - Jepun

Ninjutsu sebenarnya adalah lebih kepada seni helah berbanding seni mempertahankan diri. Seni ini memberi tumpuan kepada teknik pertempuran yang bukan tradisional dari era feudal Jepun. Seni Ninjutsu ini melibatkan teknik tersembunyi, penyamaran dan sabotaj yang dibangunkan untuk tujuan pengintipan yang kini diamalkan sebagai seni mempertahankan diri.

Ia sering diamalkan semasa perang gerila dan perang yang tidak konvensional oleh para ninja atau pembunuh upahan. Senjata yang digunakan oleh para pengamal Ninjutsu ini juga terdiri daripada beberapa senjata rahsia yang lebih tersembunyi, selain pedang Katana yang biasanya digunakan oleh Samurai. Selain itu, seni bela diri ini juga digunakan semasa operasi pengintipan dan pemantauan.

5. Jiu-jitsu - Brazil dan Jepun

Jiu-Jitsu Brazil adalah seni mempertahankan diri jarak dekat yang dikembangkan di Amerika Selatan dan Brazil tetapi pada dasarnya ia berasal dan diwariskan dari Judo Jepun. Tumpuan utama Jiu-Jitsu Brazil adalah teknik pergelutan dan menjatuhkan musuh yang lebih besar dan kuat dengan mudah agar mendapat kelebihan ketika bergelut di atas lantai.

Selain itu, seni mempertahankan diri ini juga memfokuskan pada teknik mengunci dan mencekik lawan pada bahagian anggota badan dengan cara tertentu dan menjadikannya sebagai salah satu senjata yang memberi kecederaan pada lawan.

4. Silat - Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura

Silat adalah seni mempertahankan diri yang dicipta oleh orang-orang Melayu yang ini merupakan sebahagian dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Silat adalah seni mempertahankan diri yang diturunkan dari keluarga ke keluarga, bukan seperti Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA)

Sesetengah mahaguru percaya bahawa Silat sebenarnya diilhamkan daripada pergerakan haiwan. Silat menumpukan pada teknik mengeksploitasi kelemahan musuh dan menguasai mereka secepat yang mungkin.

3. Muay Thai - Thailand

Muay Thai adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari Thailand yang juga dikenali di barat sebagai Thai Kick Boxing. Seni mempertahankan diri ini memfokuskan pada pertempuran dengan menggunakan siku, lutut, penumbuk dan juga betis. Ini menjadikan seluruh tubuh manusia itu sebagai senjata.

Selain itu, teknik mencangkuk pihak lawan juga dititik beratkan agar pertempuran jarak dekat menjadi begitu bahaya dan efektif. Muay Thai juga menggunakan pergerakan badan yang penuh agar teknik yang dilancarkan mempunyai kuasa yang penuh. Seni mempertahankan diri ini sangat membinasakan sehingga boleh membunuh seekor lembu dengan hanya satu tendangan sahaja.

2. Sambo - Rusia

Seni mempertahankan diri ini mungkin sudah diketahui ramai dan terkenal kerana jaguh UFC iaitu Khabib Nurmagomedov adalah salah seorang pengamalnya. Sambo ini berasal dari Rusia dan berkembang pada sekitar tahun 1920. Seni mempertahankan diri ini juga diajarkan kepada pasukan tentera Rusia.

Sambo banyak mengadaptasikan seni mempertahankan diri lain seperti gaya gusti Kodokan, Judo, Jujutsu, Greco-Roman dan juga gaya bebas. Sambo berasal dari perkataan "Samooborona Bez Oruzhiya" yang bermaksud "seni bela diri tanpa senjata". Teknik yang diajar dalam Sambo adalah cara untuk menjatuhkan, mengunci, serta menangkis serangan musuh menggunakan keseluruhan badan dan sudut yang tepat.

1. Krav Maga - Israel

Krav Maga yang berasal dari Israel dianggap sebagai seni mempertahankan diri paling berbahaya dan membunuh di dunia. Krav Maga pada asalnya adalah sistem pertahanan diri yang dibangunkan untuk tentera Israel dan kini diajarkan sebagai salah satu seni bela diri.

Krav Maga adalah seni mempertahankan diri hibrid mengambil gaya dari beberapa seni mempertahankan diri seperti tinju, gusti, Aikido, Judo, dan KAPAP. Krav Maga akan membuatkan pejuang untuk bertindak balas terhadap serangan sebelum lawan melakukan serangan lagi. Setiap gerakan dalam Krav Maga hanya memfokuskan untuk mematahkan serangan dan juga membinasakan lawan dengan pantas.



Hakcipta iluminasi.com (2017)