Oleh pada 06 Jan 2020 kategori

Mejar Jeneral Qassem Soleimani, ketua Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam (IRGC) telah dibunuh pada 3 Januari 2020 bersama-sama beberapa yang lain berikutan serangan udara oleh Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Presiden Donald Trump di lapangan terbang antarabangsa Baghdad, Iraq.

Beliau adalah seorang komando yang ditakuti dan disegani.

Di Iran, beliau dianggap sebagai wira dengan kualiti-kualiti seperti berani, berkarisma dan dikasihi oleh tentera.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pernah memanggil Soleimani sebagai "revolusi syahid hidup".

Akan tetapi, Amerika Syarikat melihat jeneral Iran ini sebagai seorang pembunuh yang kejam.

jenazah qassem soleimani diarak rakyat iran

Pasukan yang dipimpin Soleimani iaitu Pasukan Pengawal Revolusi Quds adalah sebuah unit elit yang mengendalikan operasi luar negara Iran, tetapi dianggap sebagai salah satu organisasi pengganas asing oleh AS.

Pentagon berkata bahawa Soleimani dan tenteranya "bertanggungjawab ke atas kematian ratusan anggota perkhidmatan Amerika dan gabungan serta mencederakan ribuan yang lain".  

Pendakian Soleimani dalam tentera Iran

qasem soleimani dan ayatollah

Dikenali sebagai "komander bayangan" Iran, Soleimani menjadi ketua Pasukan Quds pada tahun 1998 dan berprofil yang rendah selama bertahun-tahun.

Dalam masa yang sama, beliau memperkuat hubungan Iran dengan Hizbullah di Lebanon, kumpulan al-Assad Syria dan kumpulan militan Syiah di Iraq.

Beliau mendapat perhatian pada tahun-tahun kebelakangan ini, apabila muncul bersama Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dan pemimpin-pemimpin Syiah yang lain.

Di bawah kepimpinan Soleimani, Pasukan Quds meluaskan keupayaannya lantas menjadi pengaruh penting dalam bidang perisikan, kewangan, dan politik di luar sempadan Iran.

Menurut Leftenan Jeneral Mark Hertling, penganalisis keselamatan, perisikan dan keganasan Amerika Syarikat, Soleimani berada di medan perang seluruh hidupnya.

rakyat iran marah atas pembunuhan qasem soleimani

"Para tentera beliau menyayanginya. Soleimani seorang yang pendiam, berkarisma, genius dalam strategi dan pengendali taktikal," kata Mark Hertling.

Soleimani berasal dari latar belakang yang biasa, dilahirkan dalam keluarga miskin di wilayah Kerman di tenggara Iran.

Dia mula bekerja ketika berusia 13 tahun untuk membantu kehidupan keluarganya, menghabiskan masa lapangnya dengan mengangkat berat dan menghadiri ceramah Ayatollah.

Sebagai seorang pemuda semasa revolusi Iran pada tahun 1979, Soleimani memulakan pendakian jawatan ketenteraan melalui tentera Iran, dilaporkan hanya menjalani enam minggu latihan taktikal sebelum melihat pertempuran buat kali pertama di wilayah Azerbaijan.

Soleimani muncul ketika perang Iran-Iraq sebagai wira kebangsaan untuk misi yang diketuai beliau di seluruh sempadan Iraq.

Ketenteraan di Iraq dan Syria

jeneral qassem suleimani

Berikutan penubuhan semula kerajaan di Iraq pada tahun 2005, pengaruh Soleimani diperluaskan ke dalam politik Iraq di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Ibrahim al-Jaafari dan Nouri al-Malik

Ketika itu, Pertubuhan Badr, sebuah parti politik Syiah dan pasukan paramilitari yang digambarkan sebagai "proksi tertua Iran di Iraq", menjadi cabang negara selepas kementerian dalam dan pengangkutan berada di bawah kawalan sayap politik kumpulan bersenjata.

Berikutan tercetusnya perang saudara di Syria pada tahun 2011, Soleimani mengarahkan beberapa militia Iraq ke Syria untuk mempertahankan kerajaan Assad.

Semasa Iraq menentang ISIL, Hashd al-Shaabi (Pasukan Penggerak Popular) yang merupakan unit paramilitari Syiah yang disokong Iran dan sebahagiannya jatuh di bawah kawalan Soleimani, telah bertempur di samping tentera Iraq untuk mengalahkan kumpulan bersenjata.

jeneral qassem suleimani 2

Mohammad Marandi, ketua Pengajian Amerika di Universiti Teheran, berkata peranan Soleimani dalam membantu mengalahkan ISIL menjadikannya "wira negara" dan "syahid" di kalangan rakyat Iran serta negara-negara Timur Tengah yang lain.

Semasa perang menentang ISIS, Soleimani juga sering dilaporkan berada di medan perang di Iraq, di mana beliau keluar dan masuk negara itu untuk membantu pasukan Syiah melancarkan menyerang militan ekstremis.

"Kalau bukan untuk disebabkan orang seperti beliau, rantau ini akan melihat bendera hitam (ISIL) berkibar di seluruh rantau ini," kata Mohammad Marandi.

Ancaman terhadap Soleimani

siapa sebenarnya qasem soleimani komander iran 2

Khabar angin tentang kematian Soleimani telah berlaku beberapa kali, termasuk dalam nahas pesawat 2006 yang membunuh pegawai tentera lain di barat laut Iran dan berikutan pengeboman di Damaskus pada tahun 2012 yang membunuh pembantu utama Presiden Syria.

Pada November 2015, khabar angin tersebar bahawa Soleimani telah dibunuh atau cedera parah ketika mereka berperang di sekitar Aleppo, Syria.

Paling terbaru iaitu pada Oktober 2019, Tehran berkata ia telah menggagalkan plot oleh agensi Israel dan Arab untuk membunuh Soleimani.

Menteri Luar Israel, Israel Katz berkata pada Ogos 2019, bahawa negaranya cuba untuk membunuh Soleimani.

Rujukan:

1. Aljazeera

2. BBC

3. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)