Dari dulu kita sering dengar kisah keluarga Donald Trump terutama sekali berkaitan isterinya, Melania mahupun anak-anaknya iaitu Ivanka, Don Jr. dan Eric.

Tapi ada seorang lagi anak Trump yang amat jarang dan mungkin tidak pernah kita kenali - Barron Trump. Disebabkan usianya yang masih muda, Barron sering disembunyikan daripada media dan perhatian orang awam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak kisahlah jika anda membenci atau menyukai ayahnya, Barron masih merupakan seorang anak Presiden Amerika Syarikat yang juga seorang jutawan. Tapi pernahkah anda terfikir bagaimanakah cara kehidupan anak kecil berusia 12 tahun ini dengan kepopularitian seluruh kaum kerabatnya serta kekayaan yang dimiliki?

1. Boleh bercakap banyak bahasa

barron trump anak donald trump 6

Barron mempunyai banyak darah Eropah mengalir dalam tubuhnya. Ayahnya mempunyai keturunan Jerman dan Scotland manakala ibunya pula berasal dari Slovenia. Seawal usia tiga tahun, Melania memberitahu yang Barron sudah boleh bercakap bahasa Inggeris, bahasa Slovenia dan juga Perancis.

2. Disapu kaviar selepas mandi

barron trump anak donald trump 2

Sebelum ini, Melania mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit keluaran sendiri. Salah satunya merupakan pelembap mengandungi kaviar yang kebiasaannya disapu ke seluruh badan Barron selepas mandi. Seperti yang kita sedia maklum, kaviar merupakan salah satu bahan masakan termahal di dunia. Tapi bagi keluarga Trump, ia tidak menjadi satu masalah. Boleh guna kaviar sekadar buat sapuan di badan sahaja.

3. Memakai sut hampir setiap hari

barron trump anak donald trump 3

Dari awal lagi Melania menjelaskan bahawa Barron tidak begitu suka memakai track suit atau sweat pants walaupun dalam keadaan santai. Apa yang memeranjatkan, Barron gemar memilih untuk memakai sut setiap hari. Barron sentiasa kelihatan segak ke mana-mana sahaja dia pergi dengan dandanan rambut yang disikat rapi dan baju yang bergaya.

4. Gemar bermain seorang diri

barron trump anak donald trump 4

Disebabkan jarak perbezaan usia antara Barron dengan abang dan kakaknya yang amat jauh, boleh dikatakan Barron membesar sendirian. Walaupun mempunyai ramai sahabat yang boleh bermain bersama-sama, namun Barron lebih gemar bermain seorang diri. Barron suka membina pelbagai struktur binaan dengan blok-blok Legonya. Selain itu, semasa kecil, Barron kerap melukis dan mewarna dinding biliknya kerana dibenarkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

5. Mempunyai keseluruhan aras untuk diri sendiri

barron trump anak donald trump 5

Ada kanak-kanak yang berkongsi bilik dan ada juga yang mempunyai bilik sendiri. Bagi yang lebih bernasib baik, mereka mempunyai bilik untuk bermain berasingan. Namun, bagi anak jutawan terkemuka ini, dia bukan sekadar mempunyai satu atau dua buah bilik, malah memiliki satu aras dalam bangunan Menara Trump itu seorang diri. Aras itu bukan sahaja menempatkan bilik tidur Barron, ia juga mempunyai ruang tamu tersendiri.

Menurut ibunya, perangai dan sikap Barron amat mirip dengan Donald. Harap dia mengikut perangai ayah yang baik-baik saja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)