Oleh pada 27 May 2018 kategori

Setelah jatuhnya kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia, kini siasatan menyeluruh telah dilakukan terhadap syarikat kontroversi 1 Malaysia Development Berhad. 

Syarikat ini sangat misteri kerana tiada siapa tahu butiran lanjut mengenainya dan apa yang disiarkan di kaca TV adalah pintu masuk dan kaunter hadapan pejabat syarikat ini yang tertera papan tanda 1MDB. Itu sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

presiden dan ceo 1mdb siapa sebenarnya arul kanda 4

Dan apa yang ingin rakyat tahu adalah apakah sebenarnya 1MDB, dan sudah pastinya orang yang paling kerap dikaitkan dengan syarikat ini selain mantan Perdana Menterik, Dato' Seri Najib Razak, adalah Arul Kanda.

Siapa Arul Kanda yang sebenarnya sehingga dilantik menjadi pengarah eksekutif kumpulan dan presiden 1MDB. iluminasi.com kongsikan serba sedikit mengenai Arul Kanda Kandasamy.

Kehidupan awal Arul Kanda

presiden dan ceo 1mdb siapa sebenarnya arul kanda

Dilahirkan pada tahun 1977, Arul Kanda yang lahir di Kuala Lumpur menghabiskan waktu kecil dan remajanya membesar di Machang, Kelantan. Ibunya merupakan seorang pegawai perubatan yang banyak berkhidmat di kawasan luar bandar. 

Ketika berusia 13 tahun, Arul menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Koleh Tentera Diraja (RMC) di Kem Sungai Besi. Setelah tamat pengajian di tingkatan 5, beliau menyambung pelajaran ke peringkat A-level pada tahun 1995.

Tamat pengajian A-level, beliau seterusnya menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di London School of Economics and Political Science di London, England.

presiden dan ceo 1mdb siapa sebenarnya arul kanda 6

Beliau menamatkan pelajaran pada tahun 1998, dan kemudiannya menghabiskan pengajian di University College London dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dengan kepujian dalam Undang-undang Korporat dan Perdagangan pada tahun 2000.

Kerjaya Arul Kanda

Arul Kanda merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam kariernya, dan antara pengalaman pekerjaan Arul Kanda termasuklah :

  1. Penganalisis Pensekuritian di sebuah firma kewangan, Calyon, di London dari Januari 2002 hingga Jun 2003
  2. Pengarah Bersekutu Sekuriti Calyon dan bertugas dari tahun 2003 hingga 2004.
  3. Pengarah modal pasaran syarikat Calyon dan bertugas di Bahrain selama 1 tahun
  4. Ketua Perbankan Islam Calyon di London dari tahun 2005 hingga 2006.
  5. Pengarah Perbankan Pelaburan dan Pelenyelesaian Pembiayaan bagi syarikat Barclays Capital plc sebagai sehingga tahun 2008.
  6. Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan bagi Abu Dhabi Commercial Bank dari Julai 2008 
  7. Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Investment Bank Bhd mulai Julai 2009 hingga 10 Mei 2011
  8. Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd
  9. Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. daripada 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Selepas terlibat dengan RHB, Arul yang bekerja di luar negara sesekali pulang ke Malaysia untuk tujuan mesyuarat dan juga bercuti. Ketika inilah beliau mengenali ketua-ketua industri dalam negara.

Menurut Arul, salah seorang daripada kenalannya mencadangkan beliau untuk pulang ke tanah air bagi memimpin syarikat 1MDB. Setelah 20 tahun tinggal di negara asing, Arul membuat keputusan untuk pulang ke tanah air. 

presiden dan ceo 1mdb siapa sebenarnya arul kanda 3 351

Beliau sememangnya sudah lama berhasrat untuk pulang ke Malaysia namun tiada pekerjaan yang sesuai baginya. Pada Disember 2014, Arul menyertai syarikat 1MDB. 

Selepas perletakan jawatan oleh Mohd Hazem Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Arul Kanda dilantik bagi mengemudi syarikat ini bermula 5 Januari 2015.

Arul Kanda seorang mualaf

presiden dan ceo 1mdb siapa sebenarnya arul kanda 7

Ramai yang terkejut apabila mendengar Arul Kanda menyebut kalimah "Alhamdulillah" dan InsyaAllah" dalam rancangan Soal Jawab di TV3 yang ditayangkan pada tahun 2015. Ini disebabkan oleh orang awam kebanyakannya tidak mengetahui bahawa Arul Kanda adalah seorang mualaf dan telah memeluk Islam sudah sekian lama.

Arul Kanda atau nama Islamnya, Azrul Kanda pulang ke Malaysia pada tahun 2004 dan telah mengucapkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan. Nama beliau ketika itu tidak ditukar kerana beliau masih bekerja di luar negara, jadi tiada signifikan terhadap penukaran nama, melainkan jika beliau bekerja di Malaysia. 

Kini beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Rujukan

1. Bloomberg

2. Watan

3. Agenda

4. News




Hakcipta iluminasi.com (2017)