Pingat Sukan SEA kini sedang menjadi buruan ribuan atlit yang bertanding dalam pelbagai acara yang dianjurkan. Ada bermacam gaya atlit menyambut kemenangan mereka dan sudah pastilah terserlah wajah bangga tatkala mereka dikalungkan pingat tersebut di leher.

Tahukah anda siapakah pihak yang bertanggungjawab merekacipta dan mengeluarkan pingat tersebut?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pingat-pingat yang menjadi buruan ini semuanya dihasilkan melalui kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan serta pihak Royal Selangor, pakar pembuatan barangan daripada logam pewter. Oleh kerana itu, Royal Selangor dinamakan sebagai Rakan Pingat Rasmi bagi KL 2017.

iluminasi royal selangor pingat sukan sea3

Royal Selangor dipilih berdasarkan pengalaman mereka mereka pelbagai bentuk trofi dan pingat untuk pelbagai kejohanan besar seperti kejohanan F1 Malaysia, LPGA Malaysia, Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2001.

Pingat-pingat Sukan SEA 2017 direka dengan menggunakan bahan timah dan kayu kempas yang mudah didapati di negara kita. Rekaan pingat itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak Royal Selangor dalam memastikan kualiti yang terbaik serasi dengan pencapaian atlit yang memenanginya.

Mempunyai watak dan identiti yang tersendiri, pingat yang direka mempunyai permukaan melengkung yang disaluti badan kayu. Bahagian tepi pingat diperbuat daripada pewter yang disadur dengan emas atau tembaga mengikut warna pingat yang diperlukan. Bahagian kayunya pula diawet dengan minyak bagi mengekalkan warna asal serta menjaga kualiti kayu. Setiap pingat mempunyai dimensi diameter 80mm x 11mm dengan berat setiap satunya 140 gram.

iluminasi royal selangor pingat sukan sea4

Selain itu, Royal Selangor juga dipertanggungjawabkan untuk mereka Obor rasmi Sukan SEA 2017 dan replika baton Sukan SEA 2017. Obor berbentuk segitiga yang direka melambangkan kekuatan dan perpaduan dengan dibentuk agar mempunyai lengkungan licin, bagi menampakkan Malaysia sebagai sebuah yang moden dan penuh dengan tradisi.

iluminasi royal selangor pingat sukan sea

Berita baiknya, anda tidak perlu menjadi seorang atlit untuk memenangi pingat. Pihak Royal Selangor juga mengeluarkan pingat peringatan sebagai kenang-kenangan bagi anda yang gemar mengumpulkan produk-produk seperti ini. Selain itu, jika anda rasa nak berlari seorang diri dengan memegang obor Sukan SEA 2017, anda juga boleh memiliki replika obor Sukan SEA untuk dibawa berlari.Cuma replikanya kecil sedikit lah jika dibandingkan dengan yang asal.




Hakcipta iluminasi.com (2017)