Sudah tentunya semua atlet yang bertanding dalam mana-mana peringkat mempunyai matlamat untuk menjadi juara terutamanya di peringat Olimpik.
Untuk ini, mereka pastinya memberikan yang terbaik namun dalam mana-mana perlumbaan, hanya akan ada seorang pemenang utama.
Dan apa sahaja kalungan pingat yang diterima di atas podium walaupun bukan emas, sudah cukup untuk membanggakan negara serta membalas segala keringat yang dicurahkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi Malaysia, pingat Olimpik pertama iaitu gangsa dihadiahkan oleh pasangan adik-beradik Sidek iaitu Razif dan Jalani menerusi acara badminton di Olimpik Barcelona 1992.
iluminasi.com kongsikan 5 negara paling kecil dari segi keluasan yang pernah memenangi apa-apa pingat di sukan Olimpik (bukan pingat emas).
5. Guyana
Populasi: 786,552 orangKeluasan: 196,850 kilometer persegi
Persatuan Olimpik Guyana ditubuhkan pada tahun 1935 dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1948.
Negara ini membuat penampilan Olimpik pertama pada edisi Londo 1948 dengan hanya diwakili 4 atlet.
Secara keseluruhan, Guyana telah bertanding dalam 18 Sukan Olimpik Musim Panas dan tidak pernah mengambil bahagian dalam Sukan Musim Sejuk.
(Michael Anthony memenangi pingat gangsa untuk Guyana)
Untuk 5 edisi pertama Olimpik, mereka bertanding sebagai British Guiana.
Negara ini hanya pernah memenangi satu pingat Olimpik sahaja iaitu pingat gangsa menerusi acara tinju kategori bantamweight (51–54 kg) menerusi Michael Anthony di Olimpik Moscow 1980.
4. Montenegro
Populasi: 628,066 orangKeluasan: 13,450 kilometer persegi
Montenegro mengambil bahagian di Sukan Olimpik untuk pertama kalinya sebagai negara merdeka pada tahun 2008 iaitu di Olimpik Beijing.
Sebelum ini, atlet Montenegro bertanding sebagai sebahagian dari Serbia dan Montenegro pada tahun 2004 dan sebagai sebahagian daripada Yugoslavia sebelum itu.
(Pasukan bola baling wanita Montenegro)
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, pasukan bola baling wanita Montenegro memenangi pingat Olimpik pertama negara itu iaitu pingat perak.
Mereka tewas di final kepada juara Dunia, juara Olimpik dan Eropah iaitu Norway, dengan jaringan akhir 26-23.
Berikutan kekalahan ini, pasukan itu bangkit dan kemudiannya berjaya menewaskan Norway pada final Kejuaraan Eropah 2012, sekaligus dinobatkan sebagai juara buat pertama kalinya.
3. Iceland
Populasi: 341,243 orangKeluasan: 100,250 kilometer persegi
Jawatankuasa Olimpik Nasional Iceland dibentuk pada tahun 1921 dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1935.
Selepas tahun 1936, Iceland telah menghantar para atletnya untuk bertanding dalam setiap Sukan Olimpik Musim Panas.
(Vala Flosadóttir, atlet lompat galah wanita Iceland)
Sepanjang sejarah Olimpik, Iceland memungut 4 pingat secara keseluruhan iaitu 1 pingat perak lompat kijang lelaki (Olimpik Melbourne 1956), 1 pingat gangsa dalam judo (Olimpik Los Angeles 1984), 1 pingat gangsa dalam lompat galah wanita (Olimpik Sydney 2020) dan 1 pingat perak dalam bola baling (Olimpik Beijing 2008).
2. Tonga
Populasi: 105,695 orangKeluasan: 720 kilometer persegi
Tonga pernah bertanding dalam 8 edisi Sukan Musim Panas Olimpik dan 2 Sukan Musim Sejuk Olimpik.
Ia menjadi negara bebas terkecil yang pernah memenangi pingat Olimpik dalam iaitu dalam Olimpik Atlanta pada tahun 1996.
Satu-satunya pingat Olimpik yang pernah dimenangi negara Polinesia ini iaitu pingat perak adalah menerusi Paea Wolfgramm dalam kejuaraan kelas berat (heavyweight) 91 kilogram.
1. San Marino
Populasi: 33,931 orangKeluasan: 61.2 kilometer persegi
Dengan keluasan seperti yang tertera di atas, San Marino adalah negara terkecil dari segi penduduk dan keluasan di dunia yang pernah memenangi pingat di sukan Olimpik.
Negara mikro yang terletak di dalam kawasan Itali ini (seperti Kuala Lumpur dalam Selangor) membuat penampilan pertama di pentas Olimpik pada tahun 1960 di Rome dan telah bertanding dalam 15 Sukan Olimpik Musim Panas dan 10 Sukan Olimpik Musim Sejuk.
Apa yang menariknya adalah kesemua 3 pingat yang pernah dimenangi San Marino diperoleh pada edisi Olimpik terbaharu yang sedang berlangsung di Tokyo 2020 ketika artikel ini ditulis.
3 pingat terdiri daripada 1 perak dan 2 gangsa itu diperoleh menerusi acara menembak dan gusti.
Jika dibandingkan, keluasan San Marino (61.2 kilometer persegi) adalah sekitar saiz bandar Puchong (51.71 kilometer persegi) sahaja.
Rujukan: