Kredit foto: Facebook Muhammad Fauzi

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Fauzi berasa terharu dengan tindakan pelawak Shuib Sepahtu membantunya yang terlibat dalam kemalangan.

Fauzi menyampaikan penghargaan menerusi laman sosial Facebook lalu mendapat perhatian ramai.

apa shuib sepahtu buat pada mangsa kemalangan ini dapat perhatian ramai 2

Kredit foto: Facebook Muhammad Fauzi

“Terima kasih sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua, tiga orang yang selamatkan saya ketika kemalangan walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.

“Terima kasih sangat apa yang dah kamu bagi. Shuib memang sangat prihatin. Peribadi awak memang terbaiklah! Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat.

“Terima kasih Asri Aziz bawa balik motor. Allah saja dapat balas kebaikan. Tiap ujian ada hikmah. Shuib memang terbaik,” tulisnya.

Lantas, status yang dikirim pada Jumaat lalu itu dibanjiri komen netizen, malah telah dikongsi sehingga lebih 640 kali!

Rata-rata peminat memuji usaha Shuib untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda kesusahan.

Namun, dalam ruangan komen terdapat perbualan Fauzi dengan seorang pengguna media sosial yang menarik perhatian kami.

Dalam balasan komen itu, Fauzi bercerita bagaimana Shuib tidak kisah memuatkan dirinya ke dalam kereta beliau meskipun berpakaian kotor.

“Memang terbaik. Peribadi dia memang baik. Saya cakap pakaian saya kotor nak naik kereta dia. Dia cakap tak apa, naik saja. Dia memang suka buat baik dengan orang,” dedah Fauzi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)