Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

shuib tegur siti sarah 1

Kredit foto: hmonghot.com & Instagram Siti Sarah

Pelawak Shuib Sepahtu akui pernah memberi nasihat kepada isterinya, Siti Sarah supaya tidak terlalu menayangkan aksi kemesraan mereka di laman sosial.

Ini berikutan kelicikan Sarah dalam merakam momen romantis mereka hingga kadangkala Shuib terlepas pandang, dan akhirnya dimuatnaik di media sosial.

shuib tegur siti sarah 2

Kredit foto: Instagram Siti Sarah
Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial. Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu.
Sumber: BH Online

Terdahulu, aksi kemesraan pasangan suami isteri itu menjadi isu panas kerana didakwa ditayang secara keterlaluan di laman Instagram.

Jelas Shuib, segala adegan tersebut bukanlah lakonan, sebaliknya itulah realiti sebenar kehidupan mereka sebagai suami isteri di belakang tabir.

shuib tegur siti sarah 3

Kredit foto: BH Online
Ini adalah sikap kami sejak dulu lagi. Keluarga serta rakan-rakan sudah lali. Mungkin dengan adanya media sosial, ia menjadi lebih meluas lagi.
Sumber: BH Online

Menyentuh perkembangan kerjaya seninya, Shuib diberi peluang untuk menjadi pengacara sebuah program santai terbaru berjudul Konti Karat.

Bakal bersiaran bermula 22 September ini, beberapa selebriti undangan turut memeriahkan setiap episod termasuk Siti Nordiana, Hazama, Zarul, Siti Sarah, Mawi, Ayai Ilusi dan ramai lagi.

Saksikan Konti Karat setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Prima dan Maya HD. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)