Oleh pada 03 Jun 2019 kategori

pu azman bersuara isu shuib dikatakan suami dayus

Kredit foto: Instagram @pu_azman & Instagram @shuibsepahtu

        

Entri terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman di laman sosial Instagram beliau hari ini berhubung isu pelawak Shuib dikatakan dayus kerana meminta izin isterinya, penyanyi Siti Sarah untuk membeli motosikal baharu, menarik perhatian netizen.

Pendakwah itu dalam hantaran berkenaan menegaskan bahawa tindakan suami yang meminta izin isteri sebelum berbuat sesuatu tidak mempunyai kaitan dengan makna perkataan 'dayus'.

Sebaliknya, apa yang dilambangkan dalam perbuatan ahli kumpulan Sepahtu itu adalah sikap hormatnya terhadap wanita yang bergelar pasangan hidup.

"Suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motor baru tu bukan dayus.

"Tu suami yang menghormati keberadaan isteri di sisi," tulisnya.

Tambah Azman, maksud dayus sebenar yang kurang dimengerti umum adalah sikap seorang suami yang membiarkan anak dan isterinya menayang aurat tanpa memberi nasihat dan didikan agama.

      

pu azman bersuara isu shuib dikatakan suami dayus 2

Kredit foto: Instagram @pu_azman

         

"Dayus ni suami yang biarkan anak isteri dedah aurat tanpa nasihat dan didikan agama.

"Ramai yang salah guna istilah. Jadi bila salah guna istilah, membawa kepada fahaman yang salah.

"Nabi pernah lumba lari dengan isterinya Aisyah dan Aisyah menang.

"Sebenarnya boleh je Nabi menang, tapi Baginda nak wujudkan suasana romantika," ujarnya.

Sehingga kini kiriman berkenaan meraih lebih 43,000 suka dan 400 komen.

Terdahulu, kecoh kapsyen Shuib memujuk isterinya untuk mendapatkan motosikal idaman hingga menjadi topik dan perbalahan netizen.

Sekadar info, PU Azman mula dikenali umum sejak menjuarai program realiti Islamik yang mencari pendakwah berkebolehan dan versatil iaitu Pencetus Ummah musim kedua.

Beliau mempunyai jumlah pengikut yang agak tinggi iaitu sehingga kini mencecah 1.2 juta.

      

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)