Oleh pada 19 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Shuib

Sebagaimana insan lain yang mempunyai kereta idaman masing-masing, pelawak Shuib Sepahtu tidak ketinggalan menyimpan hasrat sama.

Menerusi laman Instagram, beliau menayangkan kereta berjenama Lamborghini berwarna merah hingga mencetuskan perbualan sensasi di kalangan para pengikutnya.

Dalam ruangan kapsyen, Shuib atau Shahmira Muhamad, 34, berkata, berkat perniagaan produk madu yang diusahakannya, dia kini mampu bergambar dengan kereta idaman.

"Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia.

"Alhamdulillah... Semoga memberi inspirasi pada semua... Amin," tulis Shuib.

Para peminat mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah kepada suami penyanyi Siti Sarah ini.

shuib beli kereta lamborghini 2

Kredit foto: Instagram Shuib

"Alhamdulillah...  Ada usaha, maka adalah kejayaan. Semoga pintu rezeki kita semua di limpah. Semoga memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat... Amin.

"Alhamdulillah tahniah @shuibsepahtu berkat kerja keras selama ni," tulis beberapa netizen.

Namun, dalam wawancara bersama Mstar Online, Shuib menjelaskan kereta itu bukanlah miliknya sebagaimana dianggap netizen, sebaliknya beliau hanya bergambar sahaja.

"Tak adalah, bukan kereta saya. Itu kereta orang, saja nak bergambar," katanya.

Terdahulu, Shuib meninggalkan kerjaya sebagai juruhebah Sinar FM pada 29 November lalu kerana ingin bergiat aktif dalam perniagaan madu.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)