Oleh pada 30 Nov 2017 kategori

bukan undur diri tapi dibuang sinar fm ini jawab shuib

Kredit foto: asamboi.my & Instagram Shuib Sepahtu

Apabila pelawak Shuib mengumumkan pengunduran diri daripada Sinar FM, kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan dia sebenarnya dibuang daripada stesen radio itu.

Memetik laporan Mstar Online, Shuib yang menafikan cerita terbabit berkata, dia sudah merancang untuk tidak menyambung kontrak sejak tiga bulan lalu.

"Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

"Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu.

"Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan," kata pelawak yang mengacarakan rancangan Konti Karat itu.

Shuib menjawab pertanyaan berhubung spekulasi kononnya dia diberhentikan daripada segmen Sepahtu Sinar yang turut dikendali dua rakan gandingan, Jep dan Rahim.

Dalam rakaman secara langsung Instagram Shuib semalam, dia mengumumkan keputusan untuk berhenti sebagai penyampai radio kerana ingin memberi perhatian kepada perniagaan yang semakin berkembang.

Shuib menyifatkan pengalaman yang diraih selama dua tahun dalam bidang penyiaran radio sudah mencukupi dan tiba detiknya untuk dia berkecimpung dalam bidang lain pula.

"Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

"Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

"Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru," kata artis kelahiran program realiti Raja Lawak itu.

Shuib dan isterinya, Siti Sarah sedang mengendalikan perniagaan produk kecantikan bersama keluaran terkini, madu.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)