Nama Gotham begitu sinonim dengan adiwira ciptaan DC Universe iaitu Batman. Walaupun digambarkan sebagai sebuah bandar fiksyen dalam kisah Batman, tempat yang bernama Gotham sebenarnya memang benar-benar wujud di dunia ini.

Gotham sebenarnya adalah sebuah kawasan perkampungan kecil yang terletak di Selatan Nottinghamshire. Di sini, penduduknya tidak begitu ramai dan terdapat sebuah gereja dan beberapa buah kedai. Kehidupan di kampung ini juga sangat tenang, berbeza sekali dengan kehidupan yang digambarkan dalam kisah Batman yang penuh dengan jenayah dan korupsi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gotham city batman

Untuk makluman juga, perkataan Gotham ini disebut sebagai "goat-um" yang bermaksud kampung kambing dan bukannya "goth-em" seperti yang disebut dalam filem Batman yang menganggap bandar Gotham sebagai rumahnya.

Bandar Gotham dalam kisah Batman juga digambarkan sebagai sebuah bandar metropolis yang sibuk, berlainan sekali dengan kehidupan di kampung Gotham yang dianggap sebagai kawasan penempatan kecil di pinggir Nottinghamshire. Lalu bagaimanakah nama kampung Gotham ini boleh diabadikan dalam kisah adiwira Batman?

Kisah lagenda 800 tahun lalu

king john england 940

Segalanya berkait dengan sebuah kisah lagenda yang berlaku pada awal abad ke 18. Pada ketika itu Raja England iaitu King John sedang dalam perjalanan ke Istana Nottingham. Untuk ke sana, baginda dan rombongannya perlu melalui sebuah kawasan kampung Gotham yang dianggap sebagai jalan terpantas.

Pada masa tersebut, mana-mana jalan yang dilalui oleh Raja secara rasminya akan dijadikan sebagai jalan raya awam. Dalam erti kata lain, kawasan yang dilalui Raja secara automatiknya akan berpindah milik kepada Raja tersebut. Oleh itu, segelintir pemilik tanah di Gotham khuatir mereka akan kehilangan hak terhadap tanah mereka.

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan King John bukan sahaja akan melintasi kawasan Gotham tetapi Baginda juga mempunyai perancangan membina sebuah rumah persinggahan atau istana di tanah Gotham. Penduduk tempatan semestinya tidak menghendaki perkara ini daripada terjadi.

Pada suatu hari, penduduk disini telah mengadakan mesyuarat dan membuat perancangan rapi bagi menghalang Raja England melalui kawasan mereka, seterusnya mengelakkan tanah mereka berpindah milik kepada Raja. Halu, terhasillah idea untuk mencipta sebuah penyakit palsu.

Ciptaan penyakit palsu

musuh batman

Penyakit palsu yang dicipta ini tidak diberikan sebarang nama. Namun, penduduk mendakwa ianya sangat mudah berjangkit antara manusia umpama penyakit chicken pox. Pesakit pula dikatakan akan mempunyai sakit mental sehingga akan melakukan pelbagai perkara yang pelik.

Sebelum Raja England tiba di Gotham, Baginda terlebih dahulu telah menghantar pegawainya ke kawasan ini untuk memastikan kawasan ini selamat. Pegawai yang dihantar ini bertugas untuk memastikan penduduk kampung sudah membuat persiapan yang sepatutnya untuk menyambut ketibaan Raja.

Apabila pegawai Raja ini tiba di kampung ini, beliau terlihat segelintir penduduk kampung ini kelihatan mempunyai penyakit mental dan melakukan perkara-perkara yang pelik seperti cuba melemaskan ikan dan membina pagar keliling padang untuk mengelakkan burung daripada terbang keluar.

Nampaknya tipu helah penyakit gila ini berhasil. Pegawai Raja ini kemudiannya pulang dengan ketakutan apabila melihat penyakit pelik yang menjangkiti penduduk kampung ini. Akhirnya Raja telah membatalkan perancangan untuk melalui Gotham kerana khuatir akan mendapat penyakit tersebut.

Kisah lagenda yang diperturunkan kepada generasi seterusnya

buku kisah gotham 994

Kisah mengenai kisah penduduk Gotham membuat tipu helah bagi menghalang kedatangan Raja ini akhirnya diperturunkan daripada generasi ke generasi seterusnya. Malah, kisah mengenainya turut dimuatkan dalam sebuah buku yang bertajuk Merry Tales of the Mad Men of Gotham yang diterbitkan pada tahun 1565.

Tiga abad berikutnya, pada tahu 1807, seorang penulis dari Amerika Syarikat bernama Washington Irving telah melancarkan siri tulisan satira bertajuk Salmagundi papers dimana beliau kerap kali menyindir budaya dan kehidupan di bandar New York. Malah, beliau turut menggelarkan bandar New York sebagai "Gotham" berdasarkan  kisah lagenda "kebodohan" penduduk kampung Gotham.

Selama bertahun lamanya, akhirnya panggilan Gotham melekat dan menjadi sangata sinonim dengan bandar New York. Malah, perkataan "Gotham" itu sendiri telah digunakan oleh beberapa buah kedai. Malah, terdapat juga Gotham Center for New York City History, sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan yang memfokuskan kepada kajiansejarah dan kehidupan di New York.

Kaitan Gotham dan Batman

sejarah gotham

Perkaitan antara kampung Gotham dan New York dengan Batman hanya dicatatkan pada tahun 1996 dalam sebuah kisah yang bertajuk "Cityscape", karya Dennis O'Neill  dalam komik The Batman Chronicles #6.

Dalam kisah ini, watak penjahatnya telah merancang untuk membina sebuah pusat tahanan dalam hutan yang menempatkan penjenayah lain lain. Pusat tahanan ini telah dinamakan Gotham sempena nama kampung Gotham dimana penduduknya dikatakan mempunyai masalah mental, sama seperti penjenayah dan penjahat yang dipenjarakan itu.

bandar gotham 757

Selama bertahun lamanya, Pengerusi Gotham Parish Council telah berusahan mendapatkan pengiktirafan bagi kampung Gotham daripada bandar New York. Walaupun usaha tersebut tidak berjaya, Datuk Bandar New York telah menghantar surat kepadanya yang mengakui hubungan budaya dan sejarah antara kedua-dua tempat tersebut.

Kisah lagenda Gotham dan kaitannya dengan Batman dipaparkan melalui sebuah arca yang dibina di tengah kawasan Gotham. Arca tersebut juga berfungsi sebagai penunjuk arah angin dan mempunyai hiasan riben padanya sebagai simbolik kisah King John yang ingin melawat kawasan ini suatu ketika dahulu. 

Selain itu, terdapat juga replika Batman yang dapat dilihat pada arca yang dibangunkan ini.

Kredit:

  1. BBC
  2. The Telegraph
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)